Kepegawaian

Baru-baru ni saya dipesan melalui perbualan berikut.

Hamba Allah : You kena pandai control kerani you Siti (sambil dia menyelak-nyelak helaian dokumen).

Penulis : (Diam sambil pandang pemandangan yang lebih cantik di luar tingkap kaca).

Hamba Allah : Masa saya jadi PSU dia dulu, saya boleh handle dia, control dia.

Penulis : (Diam sambil berfikir: Malam ni nak makan kat mane ye…).

Hamba Allah : You ni PEGAWAI Siti… (sambil ketawa sinis dan terus turunkan tandatangan).

Penulis : (Senyum sambil bercakap dalam hati: Lusa gaji la. Bestnye…).

Hamba Allah : Ok dah selesai. Boleh terus angkat naik atas.

Penulis : Terima kasih encik (dengan pantas terus meninggalkan biliknya).

———-

Adakah seseorang pegawai itu perlu mengherdik anak buahnya? Perlukah pegawai itu tengking, maki hamun, caci, jerkah kakitangan di bawahnya depan orang ramai? Atau perlukah sampai ke tahap dipukul, ditampar, disepak terajang kakitangn itu bilamana dia ingkar atau tidak berdisiplin? Perlukah pegawai itu datang ke pejabat dengan sebilah rotan?

Saya fikir ini pejabat… Bukan sekolah rendah… Dan saya ini pegawai yang ingin berkhidmat, bukan guru disiplin. Saya punya prinsip sendiri. Walau siapapun diri kita. Pegawai, kerani, tukang sapu sampah, peminta sedekah sekalipun… Yang penting bagi saya: HUMAN TOUCH.

Kita ini manusia, bukan mesin. Kita ini insan, bukan haiwan. Bezanya manusia dan makhluk lain ialah PERASAAN. Susah sangat ke untuk kita letak sedikit rasa ambil kira tentang perasaan manusia lain? Apa perasaan orang itu akibat sesuatu tindakan yang kita lakukan padanya?

Biarlah apa mereka kata. Saya peduli apa. Saya perlu tegas terhadap kakitangan? Tolong definisikan TEGAS. Walau apapun maksudnya, saya tetap dengan cara saya sendiri. Manusia mahkluk Allah. Bukan milik kita. Tiada beza darjat atau kedudukan melainkan tahap keimanan. Dan itupun hanya Allah yang tahu sejauh mana tahap keimanan hambanya.

Bukan setakat dengan manusia, bahkan dengan haiwan pun kita diajar supaya beradap. Meskipun hanyalah seekor anjing. Ganjaran pahala pada kita andai kita bantu untuk beri minum saat ia dahaga dan tiada upaya.

Saya peduli apa dengan kedudukan dan pangkat. Biarlah sejauh mana orang mengagung-agungkannya. Manusia itu layak dihormati sebagaimana dia menghormati manusia lain. Bagi saya, tukang sapu sampah di tepi jalan yang berakhlak mulia lebih layak dihormati daripada seorang berpangkat besar tapi amat keji budi pekerti. Duduk di pejabat berhawa dingin saban hari, dengan perabot indah serba mewah. Kerusi tempat duduknya amat empuk lagi selesa. Tapi sayang, akhlaknya kurang. Sedih… Saya cuba bayangkan si tukang sapu jalanan tadi yang tetap menyapu meskipun di bawah panas terik. Tak hiraukan bahaya  andai ada kenderaan yang terbabas. Asap dan habuk. Jika dia terus menyapu sambil lisan dan hatinya tak henti berzikir pada Allah tetap tabah bekerja demi mencari rezeki halal lagi diredhai. Alangkah mulianya dia.

Hidup ini macam-macam mana pun kita balik pada asal. Kita manusia. Buatlah cara manusia selayaknya.

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Kepegawaian

  1. rose says:

    sebagai kerani..sy rasa xperlu nk control atau nk diherdik, dimaki bila kerani buat salah..tp kadang2 sebagai manusia..xsalah kalau pegawai menegur keraninya..kadang2 kita mungkin cuai atau lalai dan kita juga perlukan nasihat atau teguran dr org lain..cuma cara teguran/nasihat tu kena la bertempat dan sesuai..kalau tak ditegur..kerani tu xtau yg dia ada buat salah..

  2. sitiaisyah83 says:

    terima kasih rose atas pandangan yang diberikan. saya faham maksudnya. dalam keadaan sekarang, bagi kakitangan yang sudah berkhidmat lebih 3 tahun, saya mengandaikan semua peraturan telah terpahat kukuh dalam ingatan mereka (dia). nak ditegur, rasa tak berbaloi sebab nanti dia menjawab berpuluh-puluh patah kata. kita pulak yang terpaksa dengar syarahannya. nak dimarah, bukan lagi tahap budak2. serba tak kena. akhirnya, doa pada ALLAH sajalah agar dia sentiasa sedar. itulah senjata bagi hambanya yang dhaif.

  3. joe jambul.... says:

    sebagai salah sowang kerani, sye mmg menyokong ape yg puan pikirkan..
    tp xsalah kirenya puan menegur kerani puan tu….
    hhehheheh…
    xpela….
    walo apepon, syabas kerana pemikiran puan yg hebat tu..
    thanks…

  4. etomyam says:

    mua ha ha….itu kes ‘gone case’ tu… elok baca atau selak2 buku pasal Psychological Contract Breach, antecedents n consequences…mungkin pelakon2 di atas ada kaitan he he

  5. sitiaisyah83 says:

    encik etomyam: adakah termasuk penulis? wahaha.

  6. sitiaisyah83 says:

    joe jambul, thanx a lot…

Leave a reply to rose Cancel reply