Bila… Aku… Sudah Tiada…

Sejak dua menjak ni tersangat amatlah banyaknya kerja di ofis. Setakat dua tangan memang tak cukuplah nak siapkan semuanya dalam masa yang cepat.

Projek tahun ni baru sikit sangat diusik. Adelah dalam 5% je. Kebanyakan waktu ofis banyak habis untuk setel isu-isu projek tahun lepas. Adelah beberapa perkara.

Sebetulnya saya pun serba salah sebab bila isu berkenaan timbul, ada pihak yang cuba cari punca kesalahan tersebut. Mulalah keluar kisah ungkit-mengungkit dan sebagainya. Saya tak berapa berkenan lah macam itu. Yang sudah tu sudah. Let bygones be bygone. Kita yang ambil alih kerja yang ditinggalkan mereka ni, perlulah jalankan tugas sewajarnya. Gunalah apa jua cara ikut peraturan dan prosedur untuk selesaikannya sedaya upaya. Sebab perkara itu kini terletak di bawah tanggungjawab kita.

Tapi… Dalam keadaan macam ni saya asyik terfikir. Macam mana agaknya bila nanti saya pulak yang meninggalkan jawatan yang ada atas sebab pertukaran dan sebagainyalah. Sebolehnya tak mau saya bebankan orang yang ambil alih tempat saya nanti dengan tugas-tugas separuh jalan. Dalam erti kata lain saya akan usaha supaya peninggalan saya nanti tak menyusahkan orang lain. Tak sedap rasanya bila orang cakap benda-benda tak elok pasal diri kita bila kita dah tak ada nanti.

Itu baru urusan dunia. Kita pergi tapi masih berada di alam fana. Macam mana pulak kalau kita pergi terus tinggalkan dunia? Apa akan jadi pada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, kalau kita tinggalkan bebanan buat mereka? Setakat berpisah di tempat kerja, kita masih boleh jumpa di mana-mana. Tapi kalau dah berbeza alamnya… Hmmm apa nak dikata? Terngiang-ngiang lagu HUJAN – bila… aku… sudah tiadaaa…

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Bila… Aku… Sudah Tiada…

  1. etomyam says:

    ha ha ha….just expect the worst, then you won’t hurt your feeling.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s