Aku Sekarang Tinggal Di Luar Negara

Assalamualaikum.

Haha macam gempak je bunyinya ye. Hoi ni dah dekat berapa tahun blog aku terbiar. Tiba-tiba. Nak jugak tiba-tiba. Aku install apps wordpress dalam handphone yang sekarang dan tiba-tiba jadi terajin nak try update blog.

Dalam handphone yang dulu pun pernah install tapi mula-mula je semangat tak lama lepas tu ke rimba juga menghilangnya haha.

Sempena kehadiran bulan syawwal 1438H lah. Dan nak bagitau yang aku kini bersiaran dari makkah al-mukarromah, saudi arabia. Alhamdulillah. Sebagai surirumah beranak empat. 

Serious ada banyak benda aku nak update nak cerita sampai tak tahu mana satu dulu. Pelan-pelan la eh.

Wassalam.

Ecah@Mekah

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Anak Masuk Darjah 1, Emosi Si Ibu

Minggu orientasi untuk murid-murid darjah 1. Juga orientasi untuk ibubapa yang pertama kali anaknya mula bersekolah. Akulah. Lagi pula ibu. Perempuan. Tak pernah lari dari cengkaman emosi.

Risau, cuak, gusar, bimbang, sedih. Itu negatif yang tak bisa ditepis. Tapi pada masa sama tetap teruja, gembira, lega, syukur dan terharu. Jadi rakyat sebuah negara yang kualiti perkhidmatan pendidikan adalah sangat bagus. Betapa beruntungnya anak-anak watan ini.

Risau, cuak, gusar, bimbang – boleh ke dia uruskan diri sendiri semasa di sekolah? Reti ke dia beli makan minum di kantin? Tahu ke ke mana nak dituju bilik darjah? Pandai ke dia naik van sendiri waktu balik tak sesat atau silap van?

Sedih – bila sedar sebagai ibu sndiri tak mampu nak uruskan segalanya untuk anak. Perlu harap dan upah orang lain untuk ambil anak balik dari sekolah. Perlu tempat yang sedia khidmat transit untuk anak urus diri.

Ya allah… lemah longlainya aku. Aku serba tak mampu. Sekarang baru tahu bagaimana situasi sebenar ibubapa yang ada anak-anak bersekolah. Hambatan masa tambah lagi bagi yang bekerja makan gaji.

Baru kutahu rupanya ibubapa bekerja waktu rehat tengah hari berkejar ke sekolah. Ambil anak, jenguk anak hantarkan pakaian, makanan untuk sesi sekolah agama. Untuk pastikan kebajikan anak semua terjaga. Betapa besar komitmen. Itu amanah sebenarnya.

Dulu belum ada anak, aku tak mampu faham situasi orang beranak kecil. Waktu anak belum sekolah, aku tak mampu faham kesibukan orang menguruskan anak sekolah. Bila semuanya kita mesti hadapi sendiri, hanya waktu itu baru kita akan benar-benar faham..

Insya allah semuanya akan baik-baik saja, dipermudah allah urusan kita sekalian hamba.

Niat, usaha, tawakkal, redha.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kesusahan Kita, Kerisauan Mereka

Erat dan rapat dengan ibu bapa.

Betul, sebagai anak kita wajib menjaga hubungan dengan mereka.

Dianjurkan telefon mereka bagi yang berjauhan, tanya khabar sebagainya.

Beritahu kita sayang kedua-duanya. 

Anak-anak. Ada banyak kategori.

Manja, mengada-ngada, hati kering, survivor.

Anak manja.

Mengadu segala masalah kepada ibu bapa. Ibu utamanya.

Perkara seluar dalam pun cerita. Tak ada duit, anak sakit, kereta rosak, berhenti kerja.

Betul. Tak salah. Tak berdosa.

Tapi…..

Tarik nafas sekejap. Fikir sejenak.

Sedarkah bahawa setiap yang diadukan itu berlegar setiap masa dalam fikiran ibu bapa?

Hinggakan tahukah bahawa mereka tidak bisa lelapkan mata di malam hari memikirkan tentang kita?

Hatinya susah bukan kepalang. Makan pun entah lalu entah tidak.

Menangis? Dalam hati hanya dia yang tahu.

Meronta jiwanya memerah fikiran apa yang boleh dibuat untuk bantu anak cucu dengan segala masalah itu. Walhal mereka sendiri ada banyak keterbatasan. Seksa, derita jiwa.

Anak-anak. Kita makin hari makin dewasa.

Sudah sampai masa untuk bezakan situasi yang sesuai dan tak patut kita lakukan.

Ingat. Air mata ibu. Kerisauan mereka tentang kita. Buat mereka susah hati itu wajarkah? Kadang-kadang kita tak sedar.

Betul doa ibu adalah paling maqbul.

Gambaran anak syurga yang tabah itu begini:

Masalahnya sebesar gunung dan bagai nyawa di hujung tanduk.

Mahu minta tolong, ibu bapa jauh.

Capai telefon.

Helo, Assalamualaikum…

Emak sihat hendaknya.

Kami sihat (walaupun seka air mata).

Emak mohon berkat doakan kami sekeluarga sihat sejahtera, berjaya dan bahagia sentiasa ya.

…..

Berusahalah. Cubalah.

Untuk jadi anak yang tidak mencetuskan kerisauan dalam hati ibu bapa.

Segala masalah yang melanda apapun jua usahakanlah sendiri.

Dengan ibu bapa, kongsi dan cerita benda-benda yang bahagia sahaja.

……

Sedar?

Setiap masalah yang kita hadapi.

Yang pertama untuk kita pergi dan rujuk -> Allah swt.

Ceritalah.

Mengadulah.

Meraunglah.

Menangislah.

Semahunya depan Dia.

Hanya Dia.

……

Usah bebani ibu bapa kita yang makin hari makin dimamah usia.

Kasihani mereka.

Kerana kesusahan kita akan jadi kerisauan mereka.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Aku 31

18.6.2014 genap umur aku 31 tahun.

Pada usia ini aku seorang wanita ada kerjaya, berkeluarga, ibu kepada 3 anak.

Secara asasnya bagi aku dah cukup segala perkara yang aku perlu dalam hidup.

Dan yang mencukupkan itu Dialah Allah.

Malu.

Malunya aku sampai kadang rasa tak berani nak pandang wajah sendiri di cermin.

Selama 31 tahun aku dihidupkan tak putus-putus rahmat dan kurniaan Allah bagi.

Tapi apa balasan aku pada Allah?

Takut. Selalu takut bila terbayang azab dan siksaan yang pastinya menunggu aku bila-bila masa. Tapi elok saja menikmati benda-benda yang bahagia, aku kembali lalai dan leka.

Tak tipu, seberat-berat perkara yang paling asas – solat 5 waktu. Allah saja yang tau macam mana cuainya. Astaghfirullah.

Setiap kali bertambah umur, aku mesti berimpi nak perbaiki kualiti diri sebagai hamba Allah.

Kerana hidup dan umur yang ada ni betul sia-sia kalau tak berperanan sepenuhnya jadi hamba dan penyembah Allah.

Terima kasih Allah atas umur yang diberikan lagi ini hingga…..

Ampunkan semua dosa aku yang dibuat dengan sengaja ataupun di luar sedar.

Satu saat yang pasti Kau panggilku mengadapMu. Satu saja permintaanku – dengan segala kebaikanMu Ya Tuhanku, berikan aku khusnul khotimah. Aku benar-benar mengemis dariMu untuk itu.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Bintang Syurga

Saat semangat dalam perjalanan melaksana tanggungjawab dan amanah kerja jadi malap, aku akan dengar lagu ni. Ulang dan ulang.
Seakan recharge roh supaya jangan sesekali putus asa utk buat apa saja perkara baik selagimana tak bercanggah dgn syariat allah.

“Biar darah jadi baja, biar tulangku menjadi tunggaknya…”
“Datang, datanglah wahai syahid dambaan mujahid, aku relakan sakit yg sedikit. Derita hanya sementara, biar aku nestapa, demi bahagia utk selamanya…”

Ini jihad aku.
Terimalah ya allah…

Raqib Majid ft UNIC – Bintang Syurga [OFFICIAL VI…: http://youtu.be/rbDeDzUEEGA

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Jaga tolonglah jaga

Wanita hamil 7 bulan dirogol 5 lelaki.

Allah…
Allahuakbar.

Sungguh emosi aku benar tercalar melirik tajuk berita akhbar itu. Dan tentu tak daya langsung untuk aku baca kisah penuhnya.

Kenapa? Kenapa boleh jadi sampai begitu?

Asasnya wanita perlu menjaga, tutup, lindungi segenap inci tubuh mereka dari pandangan ajnabi tak kira walau di mana.
Sudah dikelebungi tubuh itu, awasi pula gerak geri, tutur kata, bahasa badan usah sampai menyalakan api nafsu bukan muhrim.

Tanpa kita sedar.

Ya Allah ampunilah dosa kami. Lindungilah kami semua dari perbuatan hambamu yang zalim. Amin ya Allah..

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Aku Yang Dulu. Malu.

Tengok balik gambarku dulu2. Malu dgn cara berpakaian satu ketika itu. Konon feeling dah terbaik, perfect xde cacat cela. Tapi bila mata hati dah celik ni, ya allah hodohnya. Nampak sgt celaru keliru xde matlamat. Buruk sangat. Terima kasih allah atas petunjuk dan doronganmu.

Posted in Uncategorized | Leave a comment