Baru 2014

Tiba2 semangat nak tulis2 dalam blog kembali berkobar. Sempena tahun 2014 yang masih ‘bayi’ ini harapnya hajat dapat direalisasi. Asal baru je mesti semangat. Asal nak semangat je mesti kena baru kan? 😉

Ye, adalah beberapa benda di fikiran yang rasa nak sangat dikongsi atau diabadikan dalam bentuk blogging.

Tahun 2014 memang aku menghidu sesuatu yang baru. Dan antara perkara terbesar dalam hidup (bekerjaya). Anak baru? No lah… (at the moment). Aku serahkan seluruh diri kepada yang maha esa. Sesungguhnya dia maha mengetahui apa terbaik untukku. Jawapannya hanya akan kutahu bulan depan (khabar angin).

Oh ye. Alang2 buka topik tahun baru, meh sini nak share azam tahunanku (sila jangan rasa menyampah). Dah banyak pesanan pakar motivasi yang kuserap, kalau kita mahu impian jadi nyata, perlu tuliskan impian tu dengan jelas, spesifik supaya gelombang permintaan (hajat) secara konsisten dapat dihantar kepadanya (allah swt). So, nah…

Tahun 2014, umurku menjangkau 31 tahun. Patutnya dah cukup matang tu. Tapi entah kenapa aku selalu rasa orang lain lebih matang dari aku walau hakikatnya pandang pass keselamatan yang tergantung di leher diorang. Nombor IC masing2 lahir tahun 85 dan seterusnya. Maka bawak2 lah ku sedar diri.

Selaras dengan peningkatan usia, aku nilai semua yang ada pada diri aku, dalam hidup aku sekarang dah cukup sebenarnya. Keperluan asas semua dah complete. Kalau ada rasa nak itu nak ini lagi, tu namanya mengada2 je.

Maka, aku berniat mulai saat ini, tema hidup aku ialah – utamakan orang lain, balas kejahatan dengan kebaikan. Aku cabar diri aku sendiri. Seharusnya aku perbanyakkan sedekah, agih2 rezeki yang allah bagi dengan orang lain yang raaamai lagi serba kekurangan.

Tapi azam atau matlamat aku tadi tu macam tak valid kalau ikut buku sebijk2 kan? Sebab dalam teori, matlamat (goal) mesti sesuatu yang measurable. Sedekah mungkin aku boleh measure. Rekod berapa banyak dah duit aku hulur dkt orang lain? Ish3, takkanlah mcm tu. Sedangkan seharusnya bila sedekah, ibaratnya tangan kanan memberi, jangan sampai tangan kiri tahu. Takpelah kita abaikan je segala teori yang kadang2 tak bersifat universal tu.

Teruskan hidup macam biasa. Sebenarnya membaharui kehidupan tak payah  tunggu tahun baru pun. Kita tak pernah terlambat untuk berbuat perkara kebaikan dan tak perlu tangguh2.

Sentiasa usaha supaya tak ada setiap saat yang berlalu dalam hidup ini tanpa hati kita berpaut pada allah.

Sebagai permulaan yang baik ini, aku doakan semua orang dikelilingku akan dilimpahi kebahagiaan dan akan lebih dekat dengan maha pencipta.

Amin.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Lif Dan Tetamu Luar

Masuk lif tadi dari basement 3 parking nak naik ke atas.
Di dalamnya ada lebih kurang 6 orang lelaki lingkungan umur 25-35 tahun pakaian kasual yang naik dari basement 4.
Sampai di basement 1, pintu lif buka. Mereka terpinga2.
“Nak pegi dewan ye?” Aku tanya.
“Ya, dewan tu dkt mana?”
“Di tingkat inilah tempatnya”.
“Ha betui la aku dok habaq tadi”.
Mereka semua pun keluar. Ada antaranya yg senyum barangkali membalas bantuan kecil aku.
Salah seorang ucap terima kasih.
Aku tau mereka jemputan utk satu majlis penghargaan anjuran kementerian pagi ni.

Mungkin, bagi sesetengah pihak majlis tu taklah se gah mana.
Tapi paling kurang, aku dapat rasakan kegembiraan dan keterujaan dlm diri tetamu2 tadi. Mereka rasa dihargai. Blh jadi seumur hidup inilah satu2 nya pengalaman mcm tu yg mereka berpeluang utk lalui.

Aku pun tumpang gembira dan mohon allah titipkan kebahagiaan dlm hidup mereka dgn ditambah rezekinya.
Amin ya allah.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kemuliaan Makanan

assalamualaikum..

harini nak cerita pasal makanan. sebab saya buka mata fikir makanan, sebelum tidur ingat makanan. kawan2 semua tau saya memang kuat makan.

makan, makanan dan manusia memang takkan dapat dipisahkan. tengok instagram gambar makanan, tengok fb gambar orang tengah makan. sehari  tanpa gambar makanan tak sah.

tak apalah, takde masalah. saya pun kadang2 buat tabiat macam tu. cuma…

saya sedih tahap melampau bila dengar orang komplen tentang makanan. kenapa, tak boleh ke? boleh, kalau sampai tahap mengancam kesihatan secara terang dan langsung. contohnya bila makanan tu dah basi atau ada kotoran lain macam telur langau. ni biasa jumpa pada ayam goreng, ikan goreng atau masakan kering.

kalau setakat rasa yang tak best – masin sangat, tawar, manis melekit, pedas meletup, kuah cair, bla bla bla… moleknya kita diamkan saja. kalau nak cakap pun, tak kira dengan partner makan atau tukang masak tu biarlah pelan2, baik2. jangan. jangan. jangan kutuk, maki hamun, hina atau lempar makanan tu.

bagi sayalah. semua makanan yang halal di sisi allah swt adalah mulia. saya cukup cukup takut nak berkata yang tak elok tentang makanan yang ada depan saya, selagi boleh telan, bagi saya semua dah perfect. makanan pun makhluk allah swt. fungsi makanan dan tujuan asal kita makan adalah untuk membolehkan kita beribadat. kalau takde tenaga, badan tak sihat, tentu nak berdiri pun tak mampu.

di negara yang bertuah ini kita mewah dengan makanan. boleh pilih2. boleh bagi rating sedap tak sedap berapa bintang. tapi bagi sebahagian insan di luar sana? bagi makanan kita yang dah basi pun agaknya mereka sejuta kali syukur.

sedih kan.. saya selalu bayangkan saya di tempat mereka. anak2 saya… ye bab makan saya memilih jugak. ikan tak makan, ayam masak lembik tak minat, nasi lembik tak suka. tak suka macam mana sekalipun, jangan sampai tahap menghina. dengan bahasa dan tindakan yang kasar. tak berkenan, tak menepati standard citarasa, diam-diam saja. simpan dalam hati. senyum.

lauk ni ok lahhh… biasa2 je. itula ayat paling tak sopan untuk komplen makanan.

junkfood? jajan?  sebagai parents yang hantar anak2 ke taska, kerap mereka dapat habuan jajan yang ibubapa budak2 lain bagi pada waktu istimewa tertentu seperti harijadi. bagi ibubapa yang terlampau health conscious, mungkin amalan macam ni menimbulkan kemarahan. berdasarkan pengalaman, ada kenalan yang tanpa ragu2 kutip semua jajan dari beg anak, terus buang dalam tong sampah.

sekali sekala bagi saya tak ada salahnya. mungkin ada ibu bapa yang belum betul2 arif keburukan dan bahaya jajan pada kanak2. tapi niat mereka baik dan berharap itu semua dapat menggembirakan si kecil mengikut kadar yang termampu.

walau apapun, nak sumbat semua jajan yang diberi dalam tong sampah dengan alasan arghhh nanti anak2 aku tak sihat, dapat penyakit macam2, cepat mati, bahaya ni, kanser, buah pinggang bla bla bla… saya tak sampai hati. sebab ia tetap makanan. saya akan hargai walau macam mana sekalipun. macam dikatakan tadi, sekali sekala, bukan hari2. selebihnya tawakkal. kalau hari2 lainlah, saya sendiri pun akan pergi bincang baik2 dengan pihak taska.

jadi, tak usah lagilah kita cakap yang tak elok, yang tak best tentang makanan ye. sebaliknya kita hargai dan hormati. sebenarnya makanan juga perlu dimuliakan, barulah kita akan nikmati keberkatannya. insya allah 🙂

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Tanpa Dendam Di Hati

image

Posted in Uncategorized | 1 Comment

KABEL

Bila bab kerja dan urusan rasmi kerajaan, saya tak kenal saudara, tak kenal adik beradik.
Semuanya akan dapat layanan mengikut prosedur semasa yang berkuatkuasa.
Sebab itu kdg2 rasa hati mcm dirobek bila jumpa ‘saudara’ dan tiba2 cakap, ooo kabel besar ni, nnt blh la ‘tolong2’ adjust ye. Kalau ada projek baik blh contact.
Eeewah cantiknya muka… Kabel tu apa? Tak pernah dengar la. Mintak maaf zahir batin. Saya dapat smua yg ada skrg ni 100% hasil titik peluh dan ikhtiar sendiri ye. DAN dgn izin serta rahmat Allah jua.
Geli geleman nak pegi cari ‘somebody’ yg dikenali merayu itu ini, bodek serba serbi.
Betul nasihat org2 tua, masa ada pangkat dan kedudukan, semua org nk rapat. Yg entah dari mana blh tiba2 mgaku sahabat, saudara.
Jangan risau, saya sendiri akan cuba menjarakkan diri dgn anda. Demi kebaikan semua.
Saya kesal sampai bila mentaliti ‘kabel’ nak berduri dalam darah daging masyarakat kita?
Dah sampai masa utk kita berdikari dan berusaha secara halal.

Posted in Uncategorized | 3 Comments

Diet Amal

image

image

Seronok betul bila anak kecil dah mula makan solid food.
Tapi mummy pulak yang lebih excited nak masak tu nak masak ni.
Amal husna kecil molek orangnya.
Makan pun biasa2 saja. Paling banyak 3oz satu sesi.
Asalkan mahu makan. Mummy takkan paksa.
Entah apa yang buat mummy teruja menyediakan makanannya.
Puri epal, puri keledek, puri labu, puri brokoli, puri bayam, puri nasi beras perang, puri pisang, puri kiwi, puri avocado.
Mummy cuba juga buat makanan ‘segera’ ala2 nestum dia. Tapi sugar free.
Kisar corn flakes dan quacker oat sampai halus. Siap!
Bila nak guna, cuma tambah susu perahan saja. Sedia dimakan 🙂
Rasa tenang bila tahu kita beri hanya yang terbaik untuk anak sendiri kan, ibu?

Posted from WordPress for Android

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Naluri Ibu

Harini EL. Cuti tanpa dirancang. Si anak kecil batuk. Batuk. Dan batuk. Bunyinya kering, seolah perit di tekak. Ada kala nafasnya kencang. Dadanya kelihatan turun naik. Berdesir bunyi.
Bimbang. Cuba pujuk hati jangan cepat panik. Ah biasa2 saja. Orang lain pun batuk juga. Tinggallah dia di taska macam selalu. Pergi pejabat buat kerja.
Di pejabat buat kerja. Tapi.
Dalam jiwa entah ada apa. Langsung tak tenang. Sekejap fikir si kecil. Selang sesaat terus capai telefon bimbit menatap gambarnya.
Bagaimana dia dalam jagaan orang lain dengan keadaan kesihatan demikian?
Bila batuk, dia sering nampak kelemasan.
Prihatinkah penjaganya untuk lihat dia setiap ketika? Sekiranya berlaku apa2, bagaimana…
Ibu sudah tahu anaknya tidak sihat.
Ibu bisa toleransi soal kerja. Buat masa ini tiada urgency.
Lalu bisakah ibu biarkan si kecil sendirian?
Jika mampu sekalipun, pasti tiada ikhlas.
Ikutlah naluri hatimu ibu.
Biarpun cuma satu hari.
Ia mungkin memberi erti.

Posted in Uncategorized | Leave a comment