Jimat Ke Tidak?

mummy masih terkebil-kebil depan tv menikmati minggu terakhir cuti-cuti malaysia cuti bersalin. dalam bilik air tu soiled cloth diaper (CD) dah penuh sebaldi. rutin harian kami membasuh CD setiap hari selasa dan jumaat. oh, harini lah mummy. tapi bukan sekarang. petang nanti lepas jemput dua orang anak itu pulang. campak saja dalam washing machine, set machine pada mode soak. dah selesai basuh, jemur secara berjemaah dalam bilik berkipas.

amal start pakai CD sejak dalam labour room lagi. setakat harini dia cuma pernah pakai disposable diaper (DD) masa admitted sehari semalam di neonatal intensive care unit (NICU) dulu je. dah beberapa kali bawa amal ke klinik, ke hospital, check itu, check ini, belek itu, belek ini, beberapa orang jugak lah jururawat cantik-cantik baik yang tegur dengan sambil buat reaksi keterujaan.

“eh, dia pakai lampin kain ye.”

“senang ke, pakai lampin macam ni?”

“hmmm, bagus guna lampin kain. JIMAT sikit.”

yang agak mendalam minatnya, ada soalan lanjutan. “berapa harga?”

mummy senyum-senyum kelat, “kurang lebih RM60.00”.

“RM60 sehelai? jadi you beli berapa helai semuanya?” muka mummy dipandang dengan mata sedikit dibesarkan. mummy senyum je 🙂

intipatinya, apa yang mummy nak luahkan ialah nowadays nothing is free kan? semua perkara, semua benda perlukan modalnya. bukan aspek JIMAT yang mummy nak highlight dalam berkongsi keputusan mengguna CD dan terus menyusukan bayi bagi wanita bekerja luar rumah 12 jam sehari seperti mummy ini.

di pasaran ada banyak sebenarnya jenama CD. harga pun pelbagai. terserah kepada pengguna untuk buat pilihan. tapi bagi penggila pengguna CD macam mummy, berani kata average harga memang RM40.00-RM60.00 sehelai set. sehelai set? ampun ya cikgu bahasa. oh ye, tak terjawab pulak soalan makcik misi tadi. mummy takla beli segedebuk sampai 30 helai. beli sikit demi sikit. pregnant kan 9 bulan. setiap 2 bulan beli beberapa, bulan lain beli lagi beberapa. dan jenama yang jadi pilihan mummy pun ada asasnya. antara faktor penarik ialah mudah dicuci. walaupun soiled CD tu dah berjam-jam duduk dalam wetbag sepanjang tempoh amal di taska. lagi satu, CD jenama berkenaan bagi mummy agak cepat kering selepas dibasuh.

sama macam breasfeeding (BF). it is not absolutely free. even bagi ibu-ibu yang tak bekerja. perlu juga beli nursing bra, breast pad, nursing shirt dan nursing cover (poncho). bagi ibu bekerja apatah lagi. breastpump. kalau yang praktik manual expression (marmet) pun tetap kena sediakan expressed breast milk (EBM) storage, ice pack,  cooler bag dan segala mak nenek lagi. belum masuk aksesori-aksesori tambahan. dapat pengepam tegar macam mummy ni, perlu deep freezer pulak. tak cukup satu, dah ada yang kedua di rumah tu.

kalau dikira-kira semuanya, cuba try test ambik kalkulator saintifik. mau 4 digit jugak yang keluar. eh, bukan ke orang kata guna CD jimat sebab boleh guna semula. boleh diguna oleh anak-anak yang seterusnya. kalau BF pulak, anak-anak akan sihat, susah nak sakit. so kuranglah budget ubat-ubatan. anak pun bijak, tak perlu la pegi tuition, makan supplement untuk improve IQ bagai. kan jimat tu…

jimat ke tak jimat uolls? mungkin ada new parents di luar sana yang masih belum dapat pendedahan tentang benda-benda ini kan. mummy sekadar berkongsi mengikut perspektif tersendiri. aspek penjimatan dalam ber CD dan ber BF memang tak dinafikan. tapi harus diingat ya, penjimatan tu adalah long term. sama sekali tidak seperti skim-pelaburan-cepat-kaya-pak-man-telo. dan bagi mummy istilah ‘jimat’ itu sendiri tak dapat nak ditakrifkan secara jelas. cuma niat mummy, anak-anak dapat segala yang terbaik yang mampu mummy sediakan. matlamat utama mummy ber CD dan ber BF adalah sebagai USAHA mencapai tahap kesihatan yang optima. mengurangkan contact bahan kimia sintetik dengan tubuh badan kita. tapi jangan lupa, macam mummy katakan tadi ‘usaha’. bukan bermaksud confirm sihat. kalau dah ditakdir kurang kesihatan, itu kuasa tuhan.

sebolehnya, mummy harap bukan faktor JIMAT yang mengepalai pemilihan untuk ber CD atau fully BF. sebab takut ada yang give up dalam perjalanan ke arah keputusan yang telah dibuat itu.

apapun jua  bisa terbukti andai langkahmu tidak terhenti menuju puncak perkara ini subjektif jugak sebenarnya. macam kes  2 + 2 tak semestinya 4, mungkin boleh jadi 10. orang otak kiri mesti kerut-kerut dahi baca ni. lebih kepada kepenggunaan. pilihan terserah di tangan anda.

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s