Selepas Kali Kedua…

…melahirkan anak, banyak perubahan dan benda yang berlaku kepada saya. one by one okay.

———-

1 – kembang

paling tak sangka. diri ini yang dolu-dolu kala sangat keding, kurus kerempeng, dah mengembang you! hasilnya ada 2 helai jeans terpaksa di let go sebab tak celuih kata orang utara. saiz 28 dengan saiz 29. yang masih muat? ishhh tak boleh citer la saiz apa. malu seh. baju pun banyak jugak ala-ala balut nangka. harus la sangat burok dan langsung tak sesuais dah untuk disarung. kenapa?

secara jujur saya langsung tak pernah ambik tahu, ambik pusing, ambik kesah pasal bentuk badan, berat badan, warna badan dan seumpamanya. itupun mujur ada genetik metabolisme tinggi. kalau tidak alamatnya… tak boleh nak bayangkan. ape tu orang kata pre-pregnancy shape, weight? ahhh malas lah layan. biar je. makan ikut sedap mulut, kenyang perut tak kesah sebab selama hari ni badan tak pernah naik. lepas bersalin iman dulu pun biasa je. tak de perubahan pelik-pelik. tapi itulah, kata orang faktor usia banyak kesan dan pengaruh pada diri dan kesihatan. dulu umur berapa, sekarang dah berapa? harus la makin meningkat kan? semua proses dalam badan lambat laun jadi slow. proses penuaan je yang bertambah cepat. so nak buat cemana ni?

macam yang dikata tadi saya memang dasar manusia tak kesah. bentuk ke, rupa ke, saiz ke. JANJI sihat. selagi body mass index (BMI) tak masuk kategori obesiti, ape nak dirisau. sebagai wanita dah berkahwin, pasti selalu je dengar orang-orang tua muda bercakap macam ni, “eh, perempuan kene jaga bentuk badan, kalau tak nanti suami jadi kureng”. eh eh. nak tanya sikit. suami tu kawin dengan kita sebab fizikal ke? bukan sepatutnya dia kawin dengan JIWA kita? kalau macam tu baik dia kawin dengan patung je. entah… itu cuma pendapat saya secara sangat peribadi. jujurnya, lelaki yang ikhlas sayangkan diri kita akan sentiasa boleh terima walau dalam apa keadaan dan rupa sekalipun. ada yang setuju? angkat tangan, nak kira. saya juga in the middle of exclusive breastfeeding. syukur. boleh bantu banyak jugak dalam mengawal kekembangan badan. setiap kali menyusu, sejumlah besar kalori dibakar tau. so dah ada plus point di situ.

2 – selebet

dah beranak dua harusla makin tak cukup masa. make-up entah ke mana. bergaya nak vogue feeling-feeling diva apatah lagi. minyak wangi secalit pun tak payah ye sebab nanti amal kata eh ini bukan bau ketiak mummy saya. ha… konpius pulak dia nak menyusu. jadi toksah dok buat muka pelik la bila nampak mokcik ni dengan wajah pucat lesi kusam bersih tanpa dioles foundation. malas dah la nak tempek menempek ni. barang make-up yang ada tu bagi dekat iman simpan je. tudung, pakaian semua kalau boleh nak yang mee instant okay? seharusnya material yang tak perlu diseterika. ataupun anggap je coraknya abstrak kalau malas seterika.  tak sempat dah nak berselendang bagai, tudung lilit belit-belit. barang kemas? saya memang spesies geli rimas nak pakai gelang, rantai, cincin segala mak nenek. cukup pakai jam tangan je sebab memang penting untuk tahu masa. lagipun nanti tengah dukung, pegang amal boleh tercedera pulak kalau banyak sangat aksesori berbucu-bucu tajam dan keras tu.

3 – working days malam tak masak

omputih kata out of the blue la kalau berjaya masak di rumah untuk dinner. kenapa tu? okay, roughly saya sampai ke rumah dalam pukul 6 petang. suami yang kerja jauh di pinggir kota hanya akan sampai ke rumah dalam pukul 8 malam paling awal. kadang-kadang pukul 9 malam tengok keadaan trafik. jadi bayangkan. balik rumah saya SEORANG perlu entertain 2 orang anak yang keperluan dan kerenahnya berbeza-beza hinggalah suami balik baru boleh bahagi-bahagi tugas siapa jaga siapa. si adik yang breastfed suka melekap sepanjang masa walaupun dah terlelap. si kakak pula kejap-kejap mummy, nak air ribena! mummy, nak kencing! mummy, nak pakai baju cantik! wuuu kalau boleh bahagi 8 badan yang satu ni memang patut tiada alasan la untuk tidak memasak dinner. ini, jangan kata masak, nak solat pun jenuh berdoa, ya allah permudahkan urusan hambamu sambil tiup-tiup minta amal tidur dengan nyenyak bagi chance mummy solat maghrib kejap.

bagi menghadapi situasi ini, kadang-kadang minta tolong suami tapaw makanan. ataupun mungkin saya boleh tapaw lauk pauk di cafe office, balik rumah masak nasi je. bagi saya benda-benda macam ni suami-isteri kene ada mutual understanding dan toleransi. kalau tidak alamat la… mesti tahu beza dan tentukan priority. the more we gain, the more we should give.  faham kan makna katanya? tapi kalau hujung minggu nak masak takde hal tengok rajin ke tak rajin je. ye la mesti bosan, jemu asyik makan masakan luar. masak sendiri lagi puas hati sebenarnya.

———-

itulah dia. bukan lagi rahsia. bunyinya macam semua negatif je kan? semua yang tak bagus belaka. dah la kembang, selebet, working days malam tak masak. memang kategori isteri yang patut kene reject. sure isteri-isteri ‘perfect’ di luar sana meleleh peluh kalau baca entry ni sambil berkata eiii teruknya, eiii bahaya betul dia ni, eiii siannn…

hidup perlu diteruskan… mengikut kemampuan semasa. yang penting bagi saya, jaga kesihatan dan kebersihan diri dah cukup. berpakaian simple, yang penting kemas dan mesti bersih jugak. yang lain, tak perlu pening-pening fikir. itulah sisi ‘lain’ seorang ibu beranak dua yang sedang dan mahu menyusukan bayinya selama 2 tahun.

wajah adalah cermin hati. cantik hati, maka cantiklah wajah 🙂

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Selepas Kali Kedua…

  1. aida says:

    aku baru anak sorang pun dah tergolong dalam golongan mcm ni..hehehe..
    mcm mane ni…xpela…pelan2 kita adjust kan..nanti bila anak dah besar dah makan byk..aku rasa mesti kita kuatkan diri jugak masak bekal anak gi sekolah pagi2 kan..

  2. sitiaisyah83 says:

    betul3. biar tenang sikit nnt dtg la kekuatan tu kan =) insyaallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s