Towards A Greener Life

Bertukar! Bukan cerita Ultraman ye.

Bertukar dari disposable diapering (DD) dan disposable pad (DP) kepada cloth diapering dan cloth pad. Sejak mengandung anak kedua, melalui pembacaan dan sebaran maklumat dari Internet, saya nekad buat keputusan untuk jadi pengguna cloth diaper (CD) untuk anak-anak dan cloth pad (CP) untuk diri sendiri.

Kenapa? Sebab ia washable dan reusable. Lalu apa istimewanya? Saya dapat bantu kurangkan sisa-buangan-pepejal-domestik. Bila kurang sampah maka alam sekitar kita tentu lebih bersih, wangi dan selesa untuk didiami. Bantu ringankan tugas uncles dan brothers alam flora yang datang ambil sampah dari tong  sampah rumah saya.

DD dan DP banyak kandungan bahan kimia sintetik (tiruan, buatan manusia). Sesuatu yang alami (fitrah) itu kan lebih baik daripada yang tiruan. Dan tak mustahil ada kesan sampingan  jangka panjang terhadap penggunanya berbanding CD dan CP yang bebas kimia tapi masih mampu jalankan fungsi yang serupa – menyerap. Jadi kita rasa selesa dan yakin ia bantu tingkatkan tahap kesihatan diri.

Faktor penjimatan juga mendorong kepada pemilihan CD dan CP. CD cuma dibeli sekali saja dan boleh diguna semula berkali-kali. Anak pertama, kedua, ketiga. Saya pula mungkin masih perlukan pad untuk tempoh 10 tahun lagi. Dalam tempoh itu, saya boleh jimat sejumlah wang bila tak lagi membeli DP dengan harga lebih kurang RM10 setiap bulan. Kira-kiranya serba sikit macam inilah. RM10 x 12 bulan x 10 tahun = RM1,200. Boleh beli macam-macam baju, kasut, handbang tu 😉

Leceh ke nak basuh membasuh diaper dan pad? Untuk permulaan mungkin agak culture shock tapi bila dah biasa, tak terasa langsung. Sama je macam mencuci pakaian sehari-hari. Dan anda tentu tak sangka bahawa anda adalah seorang yang rajin membasuh rupanya. Hehehe.

Personally saya rasa seronok menggunakan sesuatu yang lain dari kebiasaan sedangkan perkara itu adalah natural (semulajadi). Naluri manusia juga kan sentiasa ingin sesuatu yang natural.

Melalui persekitaran yang bersih selesa dan kesihatan yang optimum apa hasilnya? Peace of mind.

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s