Lelaki Ini

Lagu Anuar Zain kah? Owh gitu.

Dari pemerhatian dan kajian tak rasmi – struktur dan budaya hidup masyarakat kita kian berubah nampaknya.
Haruslah ke arah yang lebih baik kan?
Selak balik kalendar pergi kepada 40 tahun lalu.
Mesti payah nak jumpa lelaki/ ayah/ suami sidai pakaian, sapu sampah, mop lantai, basuh pinggan mangkuk, masak, cuci bilik air dan seumpamanya.
Ada memang ada tapi bilangannya mungkin tak ramai. Dan mungkin buat pun secara sorok-sorok. Malu kalau orang nampak nanti!
Anak-anak biasanya lebih rapat dengan ibu, takut amat dengan ayahnya. Sebab zaman dulu-dulu seorang ayah wataknya mestilah tegas, garang, silap-sikit-rotan.

Hari ini.
Lelaki basuh kain (walaupun guna mesin), sidai kain, sapu sampah, mop lantai, sental lantai bilik air, cuci pinggan mangkuk, mandikan anak kecil, tukarkan lampin, dukung dan pujuk anak yang menangis, suapkan anak-anak makan. Biasa…
Jenguk rumah jiran kiri kanan depan belakang. Jangan hairan.
Syukur mentaliti masyarakat khususnya lelaki zaman sekarang dah setapak ke tahap lebih baik.
Malah boleh dilabel kejam kalau lelaki (suami) itu taunya duduk depan tv, baca surat khabar sampai 2, 3 round sambil meneguk secawan kopi yang disuruh isterinya bancuh tadi.

Dayuskah atau jatuhkah martabat lelaki tatkala dia pegang penyapu bukan untuk pukul isteri ya? Hinakah lelaki apabila dia cuba mendendangkan lullabies untuk pujuk anak-anak tidur? Aduh, ketahuilah. Ganjaran pahala yang menanti hanya Allah saja mengetahui. Bukan setakat itu, kasih sayang isteri dan anak-anak pastinya lebih melimpah-ruah kerana mereka rasa dihargai, disayangi. Zaman sekarang majoriti isteri bekerja untuk bantu suami menyara keluarga juga. Jadi apalah salahnya, segala perkara dikongsi bersama. Susah, senang, penat letih, gembira bahagia. Semua kita bahagi sama rata.

Anak-anak di zaman kebelakangan ini pun kalau diperhatikan ramai yang manja terlebih dengan ayah. Kalau anak-anak zaman dulu kala sangat takut dengan ayah sampai nak cakap sesuatu pun minta mak yang tolong bagitau. Anak-anak sekarang silap haribulan ramai yang lebih rapat dengan ayah berbanding ibunya.

Kenapa ya? Mokcik-mokcik saya di kampung pernah cakap zaman sekarang banyak hospital-spouse-friendly. Suami dibenarkan teman isterinya dalam wad dan labour room. Malah waktu isteri meneran disuruh pula tengok kepala anak yang dah nak terkeluar tu. Mungkin… Itulah antara faktor yang secara tak langsung mengikat tautan kasih ayah-anak yang sangat luar biasa. Boleh jadi kan?

Lelaki dan ayah zaman kini lebih sporting dan terbuka. Berbanggalah kerana andalah  calon penghuni syurga. Insya Allah. Tapi mungkin masih ada sebilangan yang masih terikat dengan kekolotan bahawa lelaki tak boleh buat kerja rumah – itu kerja isteri. Semoga mereka ini dibukakan pintu hati suatu hari pasti.

Kepada isteri dan anak yang dikurniai lelaki berhati mulia yang sudi bantu ringankan beban kerja-kerja rumah, sanggup jadi pak lawak untuk hiburkan anak-anak, bersyukurlah.

Alhamdulillah 🙂

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s