Pantang

mesti ramai tahu baru2 ni dr.halina, isteri kepada angkasawan negara kita baru lahirkan anak pertama mereka. dan lebih gempak bila beliau kongsi cerita tentang dirinya yg tak berpantang langsung ikut cara tradisional. contohnya beliau tidak berstokin dan beliau minum air sejuk. waaah.

maka banyaklah komen dan ulasan yg singgah ke pendengaran ini. saya nak mengikut jejak langkah beliaukah? hahaha. belum apa2 suami dah sound. “dia tu pakar bius. suami pun medical doctor. apa2 jadi diorang tau apa nak buat. ape ade hal?”

alah, biarlah itu cara dr.halina. prinsip saya, bila berbuat sesuatu janganlah keterlaluan. itu saja. sebab benda yg baik kalau keterlaluan pun akhirnya jadi tak baik juga. kalau berpantang ‘ketat’ sampai air minum pun dicatu, apekehalnya? mcm mana badan nak hasilkan susu kan? lepas tu setiap amalan yg kita buat mesti tahu apa tujuannya. org kata berpantang ketat cara tradisional utk kembalikan bentuk badan langsing, kecutkan rahim. katanya lagi bila rahim sihat, wanita itu akn kelihatan berseri2 dan jelita. betulkah? waaah.

nak kecutkan rahim cubalah susukan bayi sekerap mungkin siang malam. dlm tempoh kurang 24 jam pun blh kecut. nak nampak cantik, jelita dan berseri2? makan jamukah? bukan keperluan. bagi saya cukuplah hati mesti baik, sentiasa tenang, sabar dan redha. berfikiran positif setiap saat dan ketika. eh, boleh pulak macam tu? bila baik hati, hormon oxytocin dirembeskan lalu berseri2 lah wajah anda.

badan manusia pun dijadikan tuhan berbeza2. kekuatan dan ketahanan badan saya tak sama dgn anda. jadi ada yg saya boleh dan anda tak boleh. ada yg saya tak mampu tapi anda mampu.

kesimpulannya berpantang lepas bersalin bagi saya subjektif. terpulanglah ikut kesesuaian dan amalan masing2. dan tak boleh dipertikaikan.

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s