Segala Bermula Dengan Niat

fuuuh… fuuuh… fuuuh… tiup habuk banyak dekat blog yang terlalu lama dah ditinggalkan.

lalu apa yang buat saya amat terpanggil untuk menulis? ada sesuatu berlegar dalam fikiran la tu.

selalu saya dengar dialog macam ni.

“separuh nyawa aku beranakkan kamu, ini balasan kamu pada aku?”

“susah payah aku sekolahkan engkau, bila dah besar satu sen pun kau tak bagi pada aku”.

aduhai… (saya mengeluh panjang). dan menjadi emosi dengar ayat-ayat seumpamanya. meskipun hanya dalam drama tv.

wahai golongan ‘ibu bapa’ di luar sana (saya di dalam). mari renung dan fikir dalam-dalam.

tugas mengandung, melahirkan, memelihara anak-anak adalah amanah dari allah.

wajib bagi kita laksanakan sebaiknya dengan ikhlas tanpa boleh mengharap apa-apa balasan selain dari allah.

saya percaya masih ada ibu bapa yang dari awal lagi rasa mereka perlu jaga anak dan didik anak-anak, beri pelajaran secukupnya supaya jadi pandai, dapat kerja baik-baik, gaji besar-besar – boleh tumpang senang anak-anak.

saya angkat tangan tak setuju.

sebab kalau macam itu mereka tak ikhlas namanya.

anak-anak lahir sebab kita, ibu bapa (dan dengan izin allah jua). tanpa mereka pinta (betul kan?)

betul allah telah berfirman anak-anak wajib berbakti kepada ibu bapa. tapi sedar tak maksud berbakti itu sangat luas? tak semestinya hulur duit banyak-banyak. belikan gelang emas sampai ke siku. hadiahkan baju sutera paling mahal di dunia.

sebab saya tahu walau si anak berjaya bagi ibu bapanya seluruh harta yang ada dalam dunia, perkara itu takkan setanding dengan jasa dan pengorbanan yang ibu bapa telah curahkan.

ada banyak cara untuk berbakti kepada ibu bapa (bukan balas jasa – sebab seorang anak takkan mampu balas jasa ibu bapa). duit dan kebendaan mungkin boleh dihulur sebagai sampingan saja. tapi saya percaya, ibu bapa yang jujur, ikhlas dan baik tak akan sedikit pun terlintas untuk harapkan anaknya berikan itu. kecuali DOA.

dengan berbuat sesuatu, kita akan dapat sesuatu. jika ibu bapa laksanakan tanggungjawab terhadap anak dengan mengharap balasan harta benda, maka itulah yang mereka dapat. tapi kalau mereka buat itu semua untuk harapkan redha allah, maka itulah jua yang mereka akan dapat. ada lagi ke perkara lain yang lebih utama dari redha allah?

jika ibu bapa rasa bila dewasa anak-anak mereka seperti kacang lupakan kulit, maka lihatlah kembali dalam diri. saya pasti sepenuh hati ada sesuatu yang tak kena dengan niat anda sepanjang tempoh melahirkan dan membesarkan anak-anak anda itu. jangan sesekali salahkan anak-anak ya! kerana anda yang mencorakkan mereka.

kenapa saya berani kata begitu? sebab saya juga seorang ibu. dan saya sedang mengandungkan anak. tak lama lagi akan bertarung dengan sakit melahirkan. saya tahu betapa perit dan seksanya untuk melalui itu semua. tapi saya perlu kerana itu tanggungjawab saya. biar sesusah mana, saya mesti laksanakan dengan terbaik.

ingat ya, kalau niat kita ikhlas kerana allah, balasan yang setimpal akan datang tanpa kita perlu pinta.

untuk anak-anak, mummy sangat kasih pada kamu semua. dari kalian dalam rahim sehinggalah kamu di hujung nyawa. mummy tetap akan laksanakan tanggungjawab ini selagi mummy masih ada di dunia.

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s