DPA Days

Alhamdulillah hidup kembali normal. Lepas 7 bulan (1/3/2010 – 30/9/2010) berhempas pulas menyudahkan Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA). Survival jugak rupanya Puan Siti ni ye? Hehe. Itulah jugak salah satu sebab blog ni agak berkulat tak di update sangat.

Yang seronoknya kalau bukak cerita atau kenangan yang dilalui waktu DPA, 12 jam pun tak sudah2. Lepas satu, satu. Aaada je kisah2 menarik yang seronok untuk dikenang. Betul kata senior2, bila DPA dah berlalu akan banyaklah perkara2 yang dirindui. Mari lihat apa yang Puan Siti rindu:

Kera2 yang bermastautin dalam hutan tepi Dewan Serbaguna (DSG)

Mereka ini sangat banyak. Kawasan kediaman mereka bersebelahan dengan ruang makan DSG. Peserta kursus juga ramai yang menjadikan lokasi tersebut sebagai port lepak2 dan diskusi. Pernah satu masa Puan Siti duduk sorang2 taip assignment sambil mencari ilham. Sekali turun geng diorang ni ke ruang makan mengorek2 isi kandungan tong sampah. Mana tau kalau ada rezeki untuk diorang kan..

Apa lagi sempat la kami bertentang mata. Yang buat Puan Siti kagum tu diorang ni sangat berhemah. Langsung tak kacau orang. Dia tengok dari jauh je. Setakat yang diketahui tak pernah ada kes orang kena kacau ke, gigit ke, cakar ke dengan diorang ni. Baik sungguh. Rasa nak je bela sekor buat haiwan angkat. Betapa hebatnya kejadian Allah. Kera pun nampak sopan santun macam makhluk berakal.

Staf Unit Sajian yang sangat komited

Pagi petang siang malam mereka tetap gigih menyediakan makanan lepastu menyajikan pulak. Kalau waktu sarapan, mesti ada yang setia menuang cereal dan susu dalam bekas. Rindu jugak masa2 beratur depan pintu dewan makan. Sepatutnya buka pukul 7.15 pagi tapi biasalah peserta DPA selagi boleh awal selagi itulah nak cepat je. Pukul 7.00 pun dah beratur dengan wajah penuh kesabaran. Bila nampak staf Unit sajian datang buka pintu dari dalam terserlah keterujaan di wajah masing2.

Pasukan cleaner outdoor pagi hari yang berani

Pukul 7.00 hingga 8.00 cleaner akan bersihkan kawasan kampus di bahagian pintu masuk dan kawasan di sekitarnya. Rutin diorang ialah menyapu sampah, dedaun kering dekat tepi jalan utama. Paras adrenalin naik mendadak bila tengok diorang ni terlampau tekun bekerja sampai naik ke tengah2 jalan yang berselekoh tajam itu. Risau kalau2 ada kereta yang tak familiar tak sempat nak break, alamat ada jugak yang free je kene sodok. Hish kamikaze betul makcik2 tu.

Bunyi blower cleaner yang mengumpulkan daun2 kering di asrama

Ada lagi satu kategori cleaner yang tugasnya mengumpul daun2 kering setempat dengan menggunakan blower. Blower ni memudahkan lagi tugas diorang sebab tak payah la menyapu secara manual, konvensional. Cumanya, blower ni mengeluarkan bunyi yang agak kuat.

Cleaner tu akan start blow di kawasan hostel. Seawal jam 5.30 dah mula operasi. Wah3, apelagi. Tak payah Puan Siti set alarm. Pagi2 confirm boleh bangun sebab dah terbiasa dikejutkan dengan bunyi tu. Bunyinya kadang2 sayup dan macam ada rhyme jugak. Hehe macam mane tu ye? Hanya cleaner itu saja yang dapat terjemahkan.

————–

Itulah dalam banyak2 benda sepanjang DPA yang Puan Siti suka dan aware of it. Pemerhatian setiap orang berbeza. Mungkin benda2 tu tak significant pun pada peserta yang lain. Yelah, hidup DPA menuntut kesabaran dan kekuatan – life under pressure. Jadi kena pandai2 la cari perkara yang boleh merehatkan minda dan santai.

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s