Dia dan Keikhlasannya

Pakaiannya payah benar berganti
Baju-baju lusuhnya dipakai tanpa jemu
Meski kian pudar warna
Tanpa malu dan silu
Dia tetap menyarungnya
Demi keluar mencari rezeki
Untuk disuap anak dan isteri
Dia rela berlapar
Menyingkirkan seleranya
Demi isteri dan anaknya menikmati juadah enak
Tanpa jemu tanpa lesu
Dia rela berpenat
Demi kebajikan anaknya terbela
Dia rela berhabis wang ringgit
Demi isteri dan anaknya selesa bahagia
Lantas balasan apakah selayak baginya? Seorang anak yang berbakti
Seorang suami yang berbudi
Seorang ayah yang mithali
Tiada pernah dia menaruh benci
Tiada sekelumit dendam di hati
Tiada kata-kata nan keji
Sesungguhnya Tuhan Maha Tahu
Inilah manusia dan keikhlasannya
Lalu doa dan harapan buatnya
Agar rahmatNya memayungi
Dan syurga yang menanti
Kerana keikhlasan miliknya membuatku terus tabah
Meniti hari-hari

* nukilan istimewa buat insan berhati mulia, yang dikasihi Shah Hazli Shahurudin

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s