Merindui Mereka

Saat ini saya sendirian. Menatap komputer riba ditemani alunan lagu-lagu nostalgia sewaktu zaman belajar di universiti satu ketika dulu. Di mana Shah dan Iman???

Saya tidak bermalam dengan mereka. Menjalani hidup di sini tanpa suami dan anak yang dikasihi. Sedih? Tipu andai saya katakan tidak. Hati ini kadangkala terasa begitu hiba. Hingga tak semena-mena air mata bergenang sayu. Begitu sensitif jiwa keibuan saya. Meskipun jarak antara kami tidaklah begitu jauh jika dibanding dengan rakan-rakan lain yang turut terpisah dari keluarga mereka. Dalam kesibukan dan keletihan, tak dinafikan bahawa kerinduan tetap bermukim dalam lubuk hati.

Dalam keriuhan gelak tawa bersama rakan-rakan, jiwa ini tetap terheret ke dasar perasaan yang bercampur aduk. Namun obor semangat tak pernah padam. Benar ada waktu, obor itu makin malap dan hampir padam lalu saya pasrahkan diri sepenuhnya kepada Yang Maha Esa kerana tika ini saya hanya bersamaNya.

Berada di tempat orang, terlalu banyak perkara yang saya pelajari. Bagaimana kita harus bijak membaca suasana dan sikap mereka di sini. Ya, tempat ini milik mereka. Saya orang mendatang. Tentulah kena pandai ambil hati mereka. Susah kalau mereka dah tak suka pada diri kita. Maka pandai-pandailah juga membawa diri.

Tersenyum juga saya. Kerana situasi ini membuatkan saya rasa seperti kembali ke alam percintaan 7 tahun lalu. Cinta jarak jauh? Bukan perkara baru. Jika sebelum ini saya mampu bertahan selama 4 tahun, mana mungkin saya tewas diuji cuma selama 30 minggu? InsyaAllah, sebulat tekad dan keazaman. Saya mampu harunginya. Perit tapi amat indah. Kesusahan sementara demi kesenangan masa depan.

Semoga si suami akan terus menyayangi dan semoga si anak akan tetap mengingati. Dua insan ini adalah sumber nyalaan obor pembakar semangat. Tiap langkah yang diatur di sini pasti diiringi ingatan setulusnya buat mereka.

Oh, bila melayan perasaan hampir terlupa yang saya sedang mengantuk. Penangan berjaga hingga jam 3 pagi semalam menyudahkan tugasan berkumpulan. Mujur berjaya kawal mengantuk sewaktu kuliah siang tadi. Elok benar saya melelapkan mata sekarang sementelah jam 4.30 pagi esok sudah perlu ada di surau.

Saya merindui mereka dan akhirnya tidur.

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Merindui Mereka

  1. fakriyah says:

    Lama tak dgr new story kak ecah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s