Permulaan Yang Berwarna-Warni

Yang pertama bagi tahun 2010. Segalanya bermula dengan bermacam keadaan. Baik di pejabat, di rumah mahupun di negara ini. Pada hari pertama tahun 2010 saya dan keluarga serta beberapa rakan telah menikmati makan malam di Bagan Lalang (yang kini menjadi antara port kegemaran). Dan saya amat suka pemandangan serta suasana sepanjang perjalanan dari Putrajaya ke Bagan Lalang (tak pasti kenapa). Itulah kali pertama Iman di bawa ke pantai. Dan baru saya tahu bahawa dia sangat tidak suka. Meronta-ronta bila saya buka kasutnya dan cuba letak dia di atas pasir pantai.

Di pejabat, semestinya ada perubahan sepertimana berubahnya kalendar tahunan. Job rotatation. Saya dah ucap selamat tinggal kepada unit lama dan telah mula bekerja dengan unit baru. Terasa segar dan bersemangat. Unit baru memberi peluang setidak-tidaknya untuk saya kembali bekerjasama dengan institut penyelidikan. Secara tidak langsung saya punya tempat untuk berbicara tentang istilah dan perkembangan dunia penyelidikan (bioteknologi, kejuruteraan). Bolehlah saya asah kembali minda dan cuba recall bahasa-bahasa research yang semakin berkarat dek kerana lama tidak digunapakai. Namun banyak juga perkara dan keadaan baru yang harus saya biasakan. Ya, hidup adalah suatu pembelajaran berterusan. Setiap hari adalah belajar.

Banyak perkara yang turut berlaku kepada orang-orang di sekeliling. Ada yang mendapat khabar gembira, ada juga yang diduga. Yang datang dan pergi silih berganti.

Dalam pada itu saya juga meniti hari penuh debar dan keterujaan. Menanti tarikh pasti untuk diarah menjalani kursus selama lebih kurang 6 bulan (jika nama tersenarai). Jika benar perkhabaran bahawa ia akan bermula sekitar bulan Mac, bermakna saya harus meninggalkan dunia kerjaya seketika. Kembali menjadi penuntut ilmu. Harus tinggal apa yang diperjawatkan sekarang. Bermulalah saya dengan KOSONG dan PALING BAWAH.

Besar harapan agar segala yang dirancang berjalan lancar dan setiap yang berlaku bisa saya tempuhi dengan tabah. Tahun 2010 ialah year of realization.

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Permulaan Yang Berwarna-Warni

  1. m|m| says:

    hahaha.. ye ke iman x suka main pasir? dafinah siap termimpi2 main pasir.. hari tu kat melaka siap mengadap pasir panas tahap 100 darjah celsius tengahari buta time matahari tegak atas kepala pun tahan je nak main, hahahha… mak bapak nye plak yg x tahan… “angkut” sebaldi (baldi for sand playing) pasir main kat tepi swimming pool, harus la bebudak lain termasuk dgn life guar pandang pelik je kann, hahahha

  2. sitiaisyah83 says:

    betul mi.. jenuh bergelut sbb nak jgk bg dia cecah kaki atas pasir. punyelah dia protes. then dukung je la sambil menikmati the view. dia turn her face x mau pandang laut. siap peluk papa dia kuat2 lagi tu. heheh. pelik la jgk. tapi xtaula kot sekadar temporary. skali dah besar nanti boleh je jadi macam anak ko. weee. cayalah dafinah!

  3. Assalamualaikum, Apa habaq, awat laaa rajin pee tulih chirita diri sendiri, cek tak takut kaa nanti byk org bacaaa. Macammana pun karaoke laa pasai rajin, kena ingat jugak n nak habaq, kalau laaa ruang sesawang wordpress nei tutup laaa, nanti penat laa duk tulih betahun2 nooo. Karnival kat pahang tang mna? kuantan ka kee lipis, bukan apa nak pei bawak pekasam. – hj nadzri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s