Terbanglah

semalam hari sabtu. saya berada di pejabat dari jam 9 pagi hingga 9 malam. memenuhi tuntutan tugas di luar jangka. hati rasa berat kerana tak sempat menyapa adik saya yang akan terbang ke kota kinabalu.  waktu saya keluar dari rumah, dia masih tidur nyenyak. penerbangannya jam 6 petang. mujurlah dia sudah aturkan dengan adik ipar saya untuk tolong hantarnya ke LCCT. tidaklah saya rasa begitu serba salah. seawal jam 3 petang mereka sudah ke sana. ketika itu yang ada di rumah cuma suami dan anak saya. sedangkan saya masih di pejabat bersama rakan-rakan dan tugasan yang harus diselesaikan.

adik saya telah ditempatkan di kota kinabalu setelah tamat latihan asas pada 25 november yang lalu. saya turut hadir majlis tamat latihan tersebut meraikan sebahagian daripada kejayaannya. sebelum itu, dia serta rakan-rakan satu lantikan telah bertungkus-lumus menjalani latihan asas siri 1/2009 selama lebih kurang 4 bulan di tanjung bidara beach resort, melaka. setelah itu, maka bertebaranlah mereka semua untuk menjalankan tugas masing-masing di tempat yang telah ditetapkan. terbanglah ibarat sekawan burung dengan tujuan yang sama meskipun haluannya berbeza.

abangah, semoga sentiasa selamat dan dilindungi Allah walau di mana berada. jangan sesekali mengenepikanNya. tunaikanlah amanah dan kewajipan yang telah dipertanggungjawabkan. kita dipilih atas kehendak kita juga berdasarkan keizinanNya. sempurnakanlah segala tugas dengan hati yang jujur. gunakanlah masa muda untuk dipenuhi dengan peluang berbakti dan berjasa. dengan itu, sekurang-kurangnya kita dapat menggembirakan kedua ibu bapa. usah abaikan amanah yang diberi. Tuhan sentiasa ada di sisi memerhati setiap gerak geri. andai kita ikhlas, pasti ganjaran yang diterima tidak kira berapa pun jumlahnya amat terkesan keberkatannya.

semoga dengan itu kedudukan, pangkat dan kuasa yang ada tak menjadikan diri kita manusia yang lalai. tidak merubah diri kita menjadi manusia sombong dan bongkak. sebaliknya melentur kita menjadi insan yang makin tawaduk. biar jadi seperti padi, makin berisi makin tunduk. biar di mana pun dirimu berada, tetaplah jadi dirimu jua. kita mungkin boleh rasa berjaya dengan kurniaan yang dimiliki hari ini. tapi ingatlah, kita telah pernah lalui hidup yang penuh kesusahan dan kepayahan. usah dilupakan asal-usul kita. jangan sesekali merendah-rendahkan mereka yang kurang daripada kita. kerana segala kesenangan yang ada dalam genggaman hari ini hadirnya hanya sementara. satu hari kelak akan dilepaskan jua.

meskipun abangah rasa berat dengan penempatan yang jauh, janganlah gusar. renung dari sudut positif. inilah masa untukmu menimba sebanyak mungkin pengalaman dengan menjalani hidup di negeri orang. mudah-mudahan semua itu akan meningkatkan kematangan dan ketabahan diri kita dalam mengharungi liku hidup di atas jalanNya.

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s