Berhati-Hati

al-kisahnya yang ingin dikhabarkan harini saya nak berkongsi satu pengajaran baru. bagaimana untuk membantah secara profesional. tapi barang harus diingat, perkara tersebut mestilah terlebih dahulu kita tahu benar apa salah betulnya.

jangan dek kerana kenaifan kita berpaksi pada SAYA YANG MENURUT PERINTAH, satu hari kelak diri kita sendiri dimamah kekecewaan yang bukan kepalang di mana kekesalan tak lagi bererti dalam apa jua bentuk pujukan. kerana apa? kerana kenaifan kita itu mengheret kita ke kancah kesilapan yang dilakukan di luar batas sedar. perlulah berhati-hati dan timbanglah baik buruk sesuatu tindakan yang akan diambil berdasarkan arahan yang diberi. usah pandang siapa empunya diri yang memberi arahan. tidak bermakna jika dia menerajui barisan hadapan pimpinan sekalipun, segala arahan harus ditaati oleh semua yang di bawah. tidak semestinya.

belajar berani untuk mengutarakan kebenaran. andai terbukti arahan itu bercanggah dengan ketetapan yang telah diputuskan bersama. bukan dengan emosi tapi dengan kebijaksanaan dan kecerdikan. usah sesekali sembunyikan kebenaran. khabarkan segala realiti yang terjadi. tindakan harus kemas, pendirian mesti mantap dan yang paling utama pengetahuan harus ada. selebihnya, barulah serahkan kepada pertimbangan pihak yang berkuasa membuat keputusan. apa yang penting, tugas yang diamanahkan telah disempurna. tiada siapa boleh pertikaikannya. jangan dilupa pepatah lama, berani kerana benar.

jika nak dijadikan cerita, andai itu takdirNya, kesilapan yang dilakukan kerana menurut perintah yang membabi buta, tak kira di mana pun jua kita berada, siapa pun kita pada masa itu, kita tetap akan dijejaki. lihat saja sekarang ini. bilamana sesuatu perkara diheret ke muka pengadilan, saudara kandung bisa jadi musuh. apatah lagi manusia-manusia yang kita sendiri tidak pernah lihat wajahnya. sekadar mendengar suara di hujung talian. demi memburu keadilan, kubur orang mati bisa digali semula. inikan pula jika kita masih hidup.

berhati-hatilah, kerana manusia-manusia jenis itu sentiasa berlegar hampir dengan kita. saat sudah terkena mereka ini dengan licik mengaku langsung tidak tahu menahu. padahnya, diri kitalah yang pucat lesi memikirkan hujah bentengi diri. apa ketika itu kita punya cukup bukti pembelaan? belum tentu… jika tidak berhati-hati dan teliti dari sekarang. ketika itu apa yang mampu kita ucapkan hanyalah, Tuhan sedang berbicara denganku. tentang erti kesabaran dan keimanan.

mulai detik ini berpaksilah pada asas kebenaran. yakinlah, Tuhanmu menyaksikan. saya yang menurut perintah… (yang tidak bercanggah dengan dasar dan garis panduan). waAllahua’lam.

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Berhati-Hati

  1. syahlisa says:

    salam,

    mlm semalam saya bermimpikan tuan punya blog dtg bersama anak…:) semoga semuanya dipermudahkan ye aisyah..

    a very good article..in fact saya sendiri menghadapi situasi di atas pada waktu sekarang…ya harus punya pengetahuan untuk menegakkan sesuatu dan berani kerana benar, namun adakalanya dek kerana keberanian itu kita terus ditekan dari pelbagai jihat atas kebenaran yang dipertahankan..

    moga nusrah Allah sentiasa bersama saya dan kita semua..x kira apapun keadaan walaupun selalu amat rasa malu untuk meminta dariNya dek lantaran banyaknya dosa…allahummaghfirli…

    • sitiaisyah83 says:

      wslm… terima kasih. besar harapan perkara baik dapat kita kongsi bersama. kadang2 mungkin terasa diri kita sudah tahu bnyk perkara tapi rupanya tak sedar bahawa mata ini hanya separuh terbuka. ujian tuhan sentiasa datang kiri dan kanan. insyaallah selagi berpaksikan tasyahud kita mampu hadapinya. barakallahufik. terima kasih sekali lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s