kekalutan seorang PAPA

 

6.25 pagi

papa bangun tidur, mandi, solat, bersiap sewajarnya. si anak sedang asyik lena dibuai mimpi setelah bergaduh dengan mamanya ketika mama cuba menukarkan lampin pakai buang. mama putus asa terus tinggalkan dia dan turun ke bawah uruskan hal-hal lain. capai stokin dari almari, masukkan ke dalam poket seluar takut tertinggal. selesai bersikat di depan cermin, papa menukarkan lampin pakai buang anak. carikan bajunya dalam bakul kain yang tak berlipat. padam lampu, kipas. tutup pintu bilik, turun ke tingkat bawah sambil mendukung si anak.

6.45 pagi

serahkan si anak kepada mamanya sebentar. si anak tersedar, dia menangis meronta-ronta, merajuk dengan mamanya sebab bergaduh sebentar tadi. papa hidupkan enjin kereta. ambil carseat dari boot dan letak di tempat duduk penumpang di depan. masukkan beg anak berisi keperluannya ke dalam kereta. ambil anak dari mama. salam dan cium.

6.55 pagi

perjalanan ke rumah pengasuh perlu tempuhi banyak lampu isyarat. boleh dikatakan semuanya merah sewaktu tiba di setiap lampu isyarat. di satu persimpangan utama, laluan terhalang oleh bas yang tersangkut di lampu isyarat itu. sedangkan laluan papa sepatutnya hijau. terpaksa tunggu. tiba di blok rumah pengasuh, satu lif saja berfungsi. satu lagi rosak. ketuk pintu rumah pengasuh tekan loceng 2 kali baru dibuka. “maaf ye bang, kami baru terbangun,” kata suami pengasuh. papa sengih saja. si anak yang merengek-rengek terus ditinggalkan. lif pasti lambat. akhirnya papa turun dari tingkat 6 menggunakan tangga. boleh kurus ni.

7.10 pagi

nak keluar dari kawasan perumahan pengasuh tu, papa terpaksa tunggu 4 kali lampu isyarat baru dapat jalan. papa terima sms dari seorang rakan. “kerja ke hari ni?” papa balas, “kerja. on the way.” setelah sabar mengharungi lalu lintas yang amat sesak, akhirnya…

7.20 pagi

papa selamat tiba di putrajaya sentral. 3 orang rakan setumpangan (car pool) kelihatan sedang menunggu penuh kegighan.

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to kekalutan seorang PAPA

  1. wan rahim says:

    fuh.. sib baik sempat..

  2. sitiaisyah83 says:

    sib baik sempat. belum cerita kes kene patah balik rumah sebab botol susu tertinggal. haha…

  3. farestplanner says:

    “papa selamat tiba di putrajaya sentral. 3 orang rakan setumpangan (car pool) kelihatan sedang menunggu penuh kegighan.”

    masa tu kitorang tengok shah kecik je…grrrrrrr – dari 3 orang setumpangan

  4. farestplanner says:

    “sib baik sempat. belum cerita kes kene patah balik rumah sebab botol susu tertinggal. haha…”

    perghh, besarnya pengorbanan shah pada kami…(sambil menitiskan air mata) – tapi tak penah lak nampak dia minum pakai botol susu kat opis ni?

  5. sitiaisyah83 says:

    lembaga penapisan filem agak kesibukan beberapa menjak ni. maka comment anda sedikit lewat utk approval. segala kesulitan amatlah dikesali. dah approved pun… hikhik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s