Sabar, Sabar

Seperti biasa tugas saya fetch Iman di rumah pengasuh after office, usually around 6.15pm. Kebiasaannya saya TAK AKAN park di porch untuk tidak memberi kesukaran pada orang lain. Lebih rela park 7 meter jauh dari elevator entrance. Biar saya susah, asal jangan menyusahkan.

Tapi, petang semalam hujan lebat sesangat. Payung dalam kete dah bagi pada Shah beberapa minggu lepas. Alamak. Camane ni. Nak tak nak terpaksa park bawah porch jugak (so-called VIP parking). Takpelah kejap je, tak sampai 10 minit pun. Kalau hujan rintik2 gagah jugak saya kendong Iman, jalan laju2. Tapi ni lebat sangat, tahap lencun.

Sampai je rumah pengasuh di tingkat 6, cepat2 dukung Iman sambil jinjit beg dia. Kluar pintu rumah pengasuh, dengar bunyi horn keta. Saya tunggu lif and cepat je sampainye. Betul, tak sampai 10 minit kami dah ada di groundfloor. Tengok2 ada sebijik keta apentah saya tak perasan di belakang keta saya. Sambil LELAKI ITU menekan2 horn ketanya macam perempuan beranak  gila meroyan. Sambil berusaha jalan laju2 di lantai yang basah dan licin saya angkat tangan pada LELAKI ITU as a sign of “kejap2, saya dah datang ni”. LELAKI ITU menjeling tak hengat. Macam singa lapar nak telan kambing. Saya buka pintu passenger depan then campak beg Iman ke seat belakang melaluinya. Letak Iman dalam car seat.

Saya lalu depan keta LELAKI ITU yang jaraknya cuma 60 centimeter dengan belakang keta saya. Langsung tak pandang muka LELAKI ITU. Ikut hati nak je suruh dia buka tingkap untuk cakap pada dia, “Encik, adakah encik boleh bersabar dan bertimbang rasa sedikit?” Saya masuk keta on engine, letak hand break, masuk gear terus jalan. Sikit pun saya tak pandang muka LELAKI ITU.

Ya Allah………………………………….. Rupanya ada juga hamba ciptaan Mu yang sikapnya macam itu???????????????????????????????????????????????????????? Sambil drive saya istighfar banyak2 untuk redakan kemarahan yang membuak2. Tak adakah rasa belas di hati LELAKI ITU? Tak adakah secebis sifat sabar LELAKI ITU? Astaghfirullahalazim……………………………………………. Saya tak tipu. Memang saya betul2 marah sangat. Kecewa. Geram. Bengang. Kesal. Sedih. Semua ada. Hati saya macam dicincang2 lepas tu dibaling ke dinding.

Macam itu ke sikap seorang LELAKI yang Allah jadikan untuk jadi khalifah di muka bumi Nya? Ada apa yang sampai jadi panas baran macam tu? Saya sedih. Secara jujur saya seorang yang amat bertimbang rasa. Saya amat prihatin dengan kesusahan orang lain yang saya nampak depan mata. Saya sentiasa letak diri saya dalam keadaan orang yang kesusahan. Langsung tak ada secebis rasa nak pentingkan diri sendiri. Memang diakui saya asalnya seorang yang ego, degil, keras kepala. Tapi melalui pendidikan dan persekitaran, saya belajar tingkatkan akhlak diri dan sahsiah. Lama kelamaan saya boleh jadi antara orang yang penyabar, bertimbang rasa dan prihatin. Sepanjang setahun lebih saya dapat lesen dan memandu, baru sekali saya tekan horn keta. SEKALI saja! Itupun sebab nak menyapa kenalan di tepi jalan. Bukan sebab nak marah pemandu kurang ajar di jalan. Saya bukan jenis macam tu. Biarlah pemandu lain nak drive lambat ke, masuk lane kita in hurry ke, tahapahapa ke, saya boleh sabar. Paling teruk pun saya geleng kepala je.

Tapi saya amat kecewa bila diperlakukan macam tu oleh LELAKI ITU. Mungkin bagi sesetengah orang benda ni biasa saja. Kenapa saya boleh bertoleransi dengan orang lain, sedangkan orang lain langsung tak endahkan keadaan kita? Saya cuba bersikap baik dengan orang lain tapi yang saya terima adalah sebaliknya. Entah la… Yang pasti emosi saya amat terganggu. Balik rumah saya mengadu pada Shah. Shah kata, kalau jadi pada dia, dia akan sengaja lambat2 biar LELAKI ITU sakit jiwa dengan respond kita.

Ya Allah……………………. Berilah petunjuk pada LELAKI ITU. Semoga satu hari nanti dia akan faham situasi seorang ibu yang mendukung bayinya sambil jalan berhati2 atas lantai yang licin agar tidak terjatuh. Dan keadaan seorang ibu yang cuba melindungi bayinya dari basah hujan yang mencurah hingga secara tidak sengaja terpaksa menyukarkan orang lain dengan harapan orang lain itu boleh BERTIMBANG RASA.

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Sabar, Sabar

  1. Aainaa says:

    sok lusa jadi la kat bini dia pulak. ntah2 lebih teruk lagi.. hahahah~ Astagfirullah… semoga Allah bagi LELAKI ITU petunjuk.

  2. sitiaisyah83 says:

    @aainaa: manusia ni macam2 perangai rupanya… 🙂

  3. Aainaa says:

    betul2… tp dia itu sungguh tak gentleman,kan?

  4. etomyam says:

    …tak pun sakit perut dah tak tahan sangat kot……kalau tak mesti ada sifat semulajadi kemanusiaan….kecuali dalam kes-kes tertentu hehehe

  5. sitiaisyah83 says:

    etomyam : saya cuba jugak bersangka baik. itu boleh jadi alasan yg munasabah. yg penting sy dh maafkan dia, kemarahan pn dh reda 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s