Jalan-Jalan Buang Masa

masa itu emas. jarang dapat menikmati masa weekend yg santai, takde urusan (rasmi atau peribadi), yg tak perlu rushing. tapi baru ni (10/1/09) adelah satu kerja buang masa yg agak gila pernah kami sekeluarga (termasuklah iman yg belum mengerti apa2) lakukan dlm tahun ini.

shah: weekend ni nak pegi pantai mana?

penulis: yg dekat dgn area ni kalau tak PD, melaka lah.

shah: ala, tu kira jauh dah.

penulis: nak dekat lagi? ada, pantai dalam. hahaha.

shah: kita pegi pantai morib lah.

penulis: ok then.

pukul 1 ptg hari sabtu kami bertiga menuju ke teras jernang, port makan hujung mggu pilihan kami. mkn nasi ayam dkt gerai yg depan kolej mara tu.

shah: nak ikut jln mane pegi banting?

penulis: kita ikut dengkil nak? tak pernah pun sampai ke situ, camane rupa dengkil. jom la ikut sana.

kami patah balik ke putrajaya mencari signboard arah dengkil. hooo camni rupa dengkil. hooo presint 20 kat sini rupanya. ada kubur.

saya kelihatan macam jakun sepanjang perjalanan tu. hooo kat sini rupanya olak lempit, ada projek kklw sini. finally sampai jugak area banting. stop dekat petronas kanchong darat (sini pun ada projek kklw) solat zohor. insiden kelakar dekat situ – shah masuk tandas perempuan dgn penuh confident membuatkan saya menjerit (perlahan) panggil papa, papa dari luar.

perjalanan diteruskan ke pantai morib. dalam pukul 4 ptg kami pun tiba. cuaca agak mendung. ada semacam bentuk karnival mini kat situ. ada stage, deejay, persembahan karaoke dan khemah jualan (sementara) di samping gerai makanan yg kekal. ketibaan kami disambut dgn alunan lagu karaoke oleh pakcik2 (rasanya orang jawa diorang ni) yg bunyinya mak aih… kalau pakcik tak nyanyi pun macam best je. dah masuk kategori pencemaran bunyi. tapi xpelah, biarlah asalkan mereka gumbira dgn aktiviti itu.

dah penat meng ushar kawasan sekitar, kami pun singgah ke gerai makan. order bakso, satay, kerang bakar. kami disapa oleh wak pemilik gerai yg sgt mesra alam. siap offer nak dukung iman bagi memudahkan saya dan shah makan. maka iman didukung bawak ke seluruh gerai yg ada dan sekitar kawasan pantai. bila siap makan, iman dikembalikan. shah cakap, hmmm seronoknya iman ramai peminat ye. org tu dukung, org ni cium. sampai ada bau rokok gudang garam. haha, layan jelah iman oiii.

lepas lepak pantai morib, kami round kejap area pantai kelanang. tapi ish2 kawasan tu mmg hampeh lah. tak terurus. semak samun, sampah berselerak. sayang je. tempat tu akan lebih menarik kalau dijaga. kami tak turun pun dari kereta. terus gerak balik lah cadangnya. tapi sebelum tu sempat jgk kami jln2 lagi masuk kampung nelayan dkt situ. menarik jgklah. kampung terkecil pernah saya jumpa.

penulis: jom kite balik ikut sepang nak?

shah: jom..

pukul 6.15 ptg dari pantai kelanang kami patah balik ke arah morib dan terus menuju ke sepang ikut jalan kampung. first time nih lalu area situ. camanelah rupanya tempat tu ye. sepanjang jalan tu nampak byk signboard homestay – kampung kundang, banghuris. tu smua projek kklw. patut le cam familiar bunyik nye.

kampung demi kampung kami lalui. syoknye, bebas dari hiruk pikuk bandar. tengok suasana kampung yang wahhh tenangnye. terlupa sekejap keserabutan hidup. banyak jugak pekan nama aneh2 yang kami lalui. maklumlah tak pernah lalu kawasan tu.

kami lalu tanjung sepat, bagan lalang. akhirnya sampai di sungai pelek. stop dekat medan selera tepi jalan, solat asar dan pegi ushar pasar malam dekat situ. macam aneh pulak rasanya. yela, di putrajaya mane ada peniaga pasar malam bangsa lain  selain melayu. tapi kat sini ada india, cina. siap jual burger, taufu fa dan beberapa jenis makanan ringan lain. selorong je pasar malam nye (penjual kiri kanan). boleh dikatakan 1/4 daripada jumlah pasar malam putrajaya.

perjalanan diteruskan menuju putrajaya. singgah di masjid jamek (lupa lak nama tempatnye) tapi area sepang jgk la utk solat maghrib. masjid ni dpt anugerah masjid no. 2 terbaik di selangor. cantik. sambil tu nampak byk kapal terbang berterbangan di udara (kata area sepang, haruslah kan…).

suasana makin gelap. membuatkan perjalanan lebih mencabar. melalui kawasan kampung yg tak pernah dilalui. signboard aje tempat bergantung harap. sampai dkt area salak tinggi, then  ikut arah kajang. jalan punye jalan sampai satu junction. kanan – pekan bangi. kiri – kajang.

shah: nak ikut mane ni?

penulis: bangi… (dengan penuh keyakinan)

shah belok kanan. jalan lagi melalui pekan2 koboi. shah kata: rasanya macam patut ikut arah kiri tadi la. saya terdiam sambil cuba manikmati pemandangan yg tak berapa cantik. akhirnya sampai simpang tiga. nampak signboard – pekan bangi, semenyih. ha? nape sampai semenyih lak ni? ish3… tak mau la pegi semenyih, orang nak pegi bangi la…

pergh, rupanya pekan bangi ≠ bandar baru bangi. waaa… sesat la. patut la cam pelik sungguh tempat ni. firasat shah ternyata sungguh betul. akhirnya kami patah balik dekat junction yg mula2 tadi. ambik arah kajang. lalu la dekat area kompleks kerajaan daerah sepang. dan beberapa lagi agensi2 kerajaan sambil saya berkata, ooo kat sini rupanya .

shah: rasanya kita akan keluar dekat teras jernang, tempat kita lunch tadi la.

penulis: yeke? mungkin jgk la kan (dgn nada tak yakin).

iman mmg dah flat. terlentok kat bahu saya. cian, iman. jalan yg kami lalui berliku-liku. leh tahan la kalau nak layan lap, ala2 jalan tapah – cameron, kata shah. ditambah dgn suasana gelap gelita, lagi adventurous. tapi boleh nampak ada highway di sebelah kiri. kami juga melalui agensi nuklear malaysia.

akhirnya… dlm pukul 8.50 mlm, kami tiba di satu kawasan.

shah: ha kan betul, kita keluar kat teras jernang. ni kan rumah anak yatim darul izzah.

penulis: ha ah la kan… eh betul ke? cam tak caya (dengan mulut yg sedikit terbuka sambil membesarkan mata).

shah: ha, kan betul firasat papa.

penulis: ha ah betul… (masih terpinga-pinga melihat kiri dan kanan).

kami berhenti di gerai depan malaysia france institute (MFI) utk mkn mlm. saya keluar dari kereta dgn perasaan tak percaya. rasa macam baru keluar dr alam yg lain. magic, miracle… peliknya… itu je perkataan yg berlegar di benak. baru terasa betapa jauhnya perjalanan kami sepanjang hari ni. badan pun otomatik macam penat, otak pun penat memikirkan balik route  tadi.

lepas menjamu selera yg agak enak kami pun balik ke putrajaya dan sampai tepat pukul 10 mlm. saya tak henti2 tersengih dan nak tergelak sebenarnya.

rumusan cerita:

1) kami seolah2 patah balik ke tempat mula2 kami berada dgn mengikut jalan yg sgt jauh.

2) perkataan yg kerap saya ucapkan sepanjang perjalanan: kat sini rupanyaooo inilah diaooo camni rupa tempat ni

3) kami telah berjalan menaiki kereta sejauh +- 180 km.

4) perjalanan kami tidak melibatkan sebarang tol.

5) konsep perjalanan ialah try and error, agak2 sendiri sesedap hati.

6) jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman.

7) pengalaman yg agak menarik tp lepas ni tobat tak mau buat dah. hahahah.

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Jalan-Jalan Buang Masa

  1. intan says:

    hua hua hua… camtu le best, adventure sket. akupun penah gak tersesat kat junction bangi-kajang tu dgn kakak2 n adik aku dulu. Siap kena patah balik. Erm, asal korang berenti je mesti makan. Makan, makan n makan je ekk.. Hahaha.. Enjoy beb!

  2. sitiaisyah83 says:

    keskeskes. mmg pon, xde keje lain. jalan2 mencari makanan. kalau iman dh pndai cakap, musti dia cakap camni: papa mama bwk iman jalan mana ni? jauhnye, penat la.. iman dh x larat. nak tidur lah. zzz…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s