Nak Bercakap Haruslah Ada Ilmu

Saya terkilan betul + sakit hati + bengang. Sedih tau dapat big boss yang sikap macam ni. Isunya saya nak pergi kursus PTD UNGGUL 15 Disember ni. Semalam apply cuti 1- 13 Disember 2008. Saja je isi borang then submit. Lulus ke tidak terpulanglah. Baki cuti saya tahun ni ada 31 hari.

Tujuan saya ambil cuti panjang mcm tu sbb nak buat persediaan. Yelah nanti nak berjauhan dgn Iman. Dia fully breastfed. Cadang nak perah susu buat stok sepanjang cuti tu (kalau diluluskan la). Selain tu mmg dh ada plan beberapa alternatif lain utk pastikan breastfeeding tak terjejas.

Immediate boss dah sokong cuti saya. Tup tup pagi tadi big boss panggil (sbb dia yg berhak luluskan cuti atau tak). Katanya dia tak nampak alasan kukuh utk saya bercuti sepanjang tu. Dia tanya apa tujuan saya nak cuti? Spt yg dinyatakan tadi saya terangkan tujuan sebenar tanpa segan silu – nak perah susu utk stok anak bila berjauhan dgn dia nanti.

Nak tau apa reaksi dia?

” Eh, awak tak boleh perah susu utk simpan lama-lama mcm tu (10 hari). Susu badan bila disimpan lama dh jd tak berkhasiat, tak guna awak bg pd anak awak. Kalau nak perah mesti malam ni then esk terus bagi. Itu je paling lama boleh tahan.”

Berderau darah saya. Telinga pun tetiba rasa berapi. Dengan suara yg agak lantang saya balas balik, “Eh, bukan mcm tu. Boleh simpan ikut cara yg tertentu dan tak dinafikan ada nutrient yg degrade tapi still better than formula milk. Tak percaya encik sila buka website psl breastfeeding.”

Dia balas balik, “No, no, no. Wife saya dulu pn skejap je menyusu badan. Lepas tu tak boleh dah.”

Ya Rabbi… Sakitnya hati. Macam dirobek-robek. Malas dah saya nak berdebat dgn dia. Saya tak kisah dia tak mau luluskan cuti saya sbb dh ada backup plan.

Taaapiii… Bab breastfeeding tu. Tolonglah! Jangan berani nak bercakap tentang itu kalau tak cukup ilmu. Dan jangan pulak bersikap bodoh sombong. Kalau tak cukup ilmu kena rajin-rajin cari.

Dia kata saya patut bagi je susu formula pd anak masa kursus nanti. Camanapun tak apa. Saya sahut kata-kata dia sebagai cabaran. Saya akan pastikan walau apapun terjadi, Iman tetap dpt khasiat susu badan secara eksklusif paling kurang sampai umur 6 bulan. Saya menyahut seruan polisi penyusuan susu ibu kebangsaan.

Kita sebagai manusia dikurniakan Allah akal fikiran utk buat pilihan. Saya pilih utk beri yg terbaik buat Nurul Iman. Kerana saya mampu. Dan bukankah menyusu badan satu fitrah? Soal penyimpanan susu kenalah belajar selok beloknya. Tiada yang mustahil. Banyak laman web, support group, lactation counsellor. Zaman sekarang tak mcm dulu, dah byk kemudahan. Jadi janganlah kolot sgt.

Anak saya anak manusia, bukan anak lembu. Jadi apa alasan yg saya nak beri tika disoal Allah Taala di akhirat nanti bila saya nafikan hak anak utk dpt yg terbaik sedangkan saya ada kemampuan?

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

10 Responses to Nak Bercakap Haruslah Ada Ilmu

  1. Aainaa says:

    Haiya!! masalah tul kalo org xtau pasal kebaikan susu ibu nih. Susu ibu adalah makanan bayi yg terbaik di dunia. Even kat tin susu formula pun tulis benda yg sama.kan?kan? Apa pun, syabas buat Mama Iman sbb pilih yg terbaik untuk Iman.Org yg ‘over pandai’ xkan tahu hikmah di sebalik penyusuan susu ibu nih.Kalo org dulu2 mmg agak cetek utk bercakap ttg cara2 handle EBM..tp skrg kita dah pandai mencari hikmah Allah jadikan Susu Ibu itu sendiri..betul,kan? Mama Iman, kuatkan semangat! kita tahu apa yg terbaik untuk anak kita! hihi.

  2. sitiaisyah83 says:

    thanx a lot aainaa. dari dulu smpi skrg x jemu support saya. ada jgk tmpt mngadu.. terharu dibuatnya. huhu..

  3. intan says:

    ni yg aku nak cakap dia bengong ni…kalo dah disejukbeku…leh tahan bulan2 le..cuba le blaja..aku yg xde anak ni pun tau. sah dia laki bini buta IT n cetek knowledge bab tu or malas nak blaja..biol btl le org tua tu..abis tu yg dia makan frozen food tu lg le x elok..xde lak dia nak persoalkan..sah biol + bengong…

  4. sitiaisyah83 says:

    aku dh maleh nak bertegang urat dgn dia intan… buang air liur. bkn dia nk dgr. u know him… what to do… sabo jelah.

  5. k-lynn says:

    kesian anak saya jadi anak lembu…

  6. sitiaisyah83 says:

    eh eh… xdelah. afnan n sorfina anak klynn la… ayat tu apply pd SUB je. sbb dia x tau hal ehwal breastfeeding tetiba pandai2 nak mngajar saya. geram tau. huhuhuh.

  7. mohdsaifuladli says:

    oo.. kutuk en.man yea
    hehe…

  8. ummiumar says:

    sabar la ecah ek..byk org yg xtau tahu khasiat pasai susu ibu…even yg beranak pinak dah ramai pun byk pun tatau cara pengendalian dan peyimpanan susu ibu…diorang taktau susu ibu bleh disimpan lama dlm fridge and deep freezer…inikan plak kalu namaya lelaki…tapi berbanggala jadi ibu yg dapat menyusukan anak dgn susu ibu…sebab anak anda akan membesar dgn sihat dgn chubbynya nanti…

  9. salam…
    eeee…geramnyer baca cerita ni… betulla bos u 2 x cukup ilmu…kalau i jadi u dah siap bagi pamplet or printkan kat dia bab2 susu ibu nih… betul la kalau x cukup ilmu x yah la nak berdebat ngan org…

    baguslah u x mudah putus asa kan…teruskan la susu ibu anak kita lagi sehat nanti.. cam i anak dah 6 bulan lebih masih susu ibu sepenuhnya….

    bab anak ni jangan kisah la apa org nak kata…yang pasti kita buat yang terbaik untuk dia…

  10. sitiaisyah83 says:

    terima kasih ibu2 (k.zah n sha) yang support breastfeeding 🙂 walaupun iman dah minum susu lembu skrg, saya tetap akan sokong BF. saya akui sangat kurang ilmu masa anak pertama ni. tp at least iman dah menyusu badan exclusively smpai 3 bulan and almost exclusive until 6 month. dan… azam saya, untuk adik2 iman nanti exclusive BF until 2 years… insyaallah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s