2008 Glad Tidings

syukur alhamdulillah… tahun 2008 murah rezeki. olang cina kata manyak ONG. ngehehe. dua bentuk anugerah yang allah taala kurniakan pada saya dalam tahun ini:

1. anugerah anak

yang juga merupakan AMANAH allah sebenarnya. allah pinjamkan pada saya untuk dipelihara, dididik seperti mana yang diperintahkannya. kerana pada akhirnya nanti saya akan dipersoal kembali, saya akan dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang berlaku pada anak itu.

kurniaan yang tiada tolok bandingnya ini buatkan saya amat menghargai setiap pengorbanan yang mama saya telah lakukan dalam menjaga saya dan adik2 selama ini. teramat sukar nak dinyatakan, hanya wanita yang telah bergelar ibu saja dapat memahami isi hati sebenar seorang ibu yang sanggup lakukan apa sahaja, APA SAHAJA demi keberuntungan dan kebaikan anaknya sendiri.

dsc00096

2. anugerah pekerjaan

alhamdulillah, saya kini sudah punya pekerjaan TETAP selepas lulus interview di SPA bulan oktober lepas. berbaloi juga penat lelah saya ke hulu ke hilir meskipun baru dua minggu lepas bersalin. syukur allah berikan saya kekuatan, kesihatan sepanjang tempoh itu. akhirnya saya tahu allah memang telah tuliskan bahawa SITI AISYAH BINTI MOHD YUSUF akan menjadi pegawai tadbir dan diplomatik walaupun jalan yang dilalui untuk mendapatkannya tak semudah orang lain.

dsc00369

TAPI… dalam hidup kita harus sentiasa beringat. segala yang kita miliki hari ini datang dari allah. yang cuma dipinjamkan sementara pada kita. allah boleh ambil semula kurniaan itu hatta dalam sekelip mata.

DAN… fitrah alam. what comes in must come out. maknanya tiap kesenangan yang datang pada kita, mesti ada yang perlu kita korbankan.  

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

10 Responses to 2008 Glad Tidings

  1. Yati says:

    tahniah eycah..kene posting mane kementerian mane tu?;-)

  2. illi says:

    congrats eycah!yup, rezeki ade di mana2 dan insyaAllah selagi kite berusaha mencari rezeki yang halal, pasti Allah akan berikan ganjaran yang besar..rezeki Iman ni kan..so, still kt putrajaya lagi ke atau diposting ke tmpt lain?

  3. siti aisyah says:

    terima kasih lah kawan2… hehe mmg rezeki si budak iman. so far x tau la nk ckp psl posting tu. dgr kata 70% probability utk stay di tempat asal. apapun semuanya kena tunggu surat JPA dulu 🙂

  4. intan says:

    eycah…tahniah aku ucapkan kat ko..bkn senang nak jadi senang, sumenya perlukan pengorbanan….N….kalo leh, aku nak le ko stay ngan kitorg lg kat kementerian ni..huhuhu..sunyi nanti ko xde..waaaa…

  5. aisyahhhhh…rindu nye kat ko!!! dah keje balik la kan? congratess utk semuanyaa, iman & PTD! alhamdulillahhh, berbaloi x carik pengalaman kat ED? esp dgn ‘MR K’? hehehe… congrates, congrates! i’m sooooo grateful for you!!! tahniah, tahniah, tahniahhh!

  6. siti aisyah says:

    mimis… aku pn rindu kt ko. thanx a lot. yup, dok ED byk sgt yg aku belajar. dgr kata dh dpt kuarters presint 11? bile nk pindah? leh bawak iman main2 dengan dafina 🙂

  7. ibnularaby says:

    Tahniah Eychah.. Semoga kurnian2 tersebut membuat kamu lebih bersyukur pada Rabb yang menciptakan.. Dan yang memberikan segalanya..

    Tatkala sujud, mohonlah pada Allah agar diberi petunjuk dan memudahkan jalan menuju yang terbaik utk diri kita..

    All da best..

  8. siti aisyah says:

    ye, sama2 kita mensyukuri nikmat yg melimpah ruah yg diberikannya.

  9. tasha says:

    salam eycah…lamanyer x tgk eycah + x penah lagik tgk baby eycah..nie baru dpt link blog eycah nie dari blog illi (lama jgk x nyinggah blog illi tu..huhu)..

    comeynyer anak eycah..mcm mama die gak…wah..eycah dh berjaya slim mcm dulu balik! nnt kasi petua ek..haha..k eycah..keep in touch n all the best…n congratulations on ur “ONG”! =)

  10. sitiaisyah83 says:

    terima kasih tasha… bb tasha nnt pn mesti comey sgt. insyaallah jgn risau, tgk gaya tasha ni mantain jgk lepas bersalin 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s