Setahun Berlalu

9 JULAI 2008

Tahun lepas, pada tarikh ini saya menjejakkan kaki ke JPA utk report duty. Sampai awal gilerrr. Bayangkan naik bas 6.45pg turun kt bus stop tu confident je konon. Tapi sebenarnya dlm hati: alamak kat mane pintu masuk dia?

So terpaksa ringankan mulut tanya sorang awek yg jln kt depan. Nasib baik dia baik. Saya follow dia sampai naik lif ikut pintu belakang. Huh kalau tak kene ambik pas baru leh masuk. Rasanya saya orang kedua (atau ketiga) yang masuk dalam office tu. Bahagian Perjawatan kalau tak silap. Saya dok kat sofa mengadap pintu. The next person yg masuk ushar pelik. Sukatilah. Saya sengih je.

Then datang lagi sorang rakan seangkatan. Setelah berkenalan namanya DIAN HARIYANI (sekarang dah dpt jawatan tetap pun). Bila dah cukup korum, kitorang seramai entah berapa belas orang tah pergi mendengar taklimat Encik Harris yg baik itu. Habis je taklimat, kebetulan pulak time lunch, ape lagi semua pakat merewang ke ALAMANDA. Heee… Itu baru 1st day keje.

Dalam kul 2ptg kami (saya, dian, fatahah, yanie, shira, wan) pegi ke BPSM, KKLW. Inilah dunia baru kami. Lepas buat apa-apa yg patut (isi borang, jumpa pegawai yg berkenaan), kami dibenarkan ke library menimba ilmu sebelum memulakan tugas. Tapi rupanya selama sebulan inilah tugas kami. Datang keje punch in, dok library, pegi lunch, pegi surau, dok library lagi sampailah balik. Aduhhh… Buhsannye. Rupanya inilah yg dinamakan sebagai pool. Macam makan gaji buta pulak sebulan tu.

Maka tibalah saat yg dinantikan: surat penempatan. EKONOMI DESA??? Mak aih, saya tak pernah fikir pun nak dapat bahagian ni. Nampak cam tak best jerrr. Mase pool yg saya tau bahagian ni satu level dgn surau. Bile pegi solat nampak la keadaan bahagian ni dari luar. Sunyi sepi je. Macam takde manusia kat dalam. Ish ish ish camanela saya nak dok kat situ.

TAAAPI… Setelah masuk je ke dunia BED ni. Ha baru tau camane kecohnya suasana (certain time). Perkataan yang berlegar dalam otak saya masa 1st time melangkah dalam tu ialah WIERD. Everything!

Sekarang… Setahun dah berlalu. Terlampau-lampau banyak perubahan kalau nak dibandingkan keadaan sekarang dengan masa setahun lepas. Semuanya buatkan saya tergelak sorang-sorang. Kenangan terindah jugak la kiranya. Apepun saya bersyukur dengan keadaan sekarang dan harap semuanya akan jadi lebih bagus.

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Setahun Berlalu

  1. ko xnak citer ke, “time lepak surau je musti jumpe sorang pegawai BED nih… combo jugak mcm saya rupanye” hehehe… kenal kah sapa ornag ituuuu? 😛

  2. sitiaisyah83 says:

    COMBO? kah kah kah… jawapannya mesti la miss anggerik. tapi pelik jgk sbb time tu asik jmpe ko sorang je. xde plak nmpak klynn ke, nurul ke.

  3. intan yus says:

    hahahaha…dah lama aku x buat combo ni sbb xde geng seangkatan..so, zuhur je le…asar sah2 le kat umah…tp, ko mule2 masuk mmg nmpk baik giler…skang bkn je baik, tp dah giler..hahaha!aku gurau je…nice 2 know a very kind person like u… (“,)

  4. siti aisyah says:

    muahaha… itule pasal. baru masuk Ed ni dulu segan2 takut2 je rasanya. tapi lepas setahun… mmg giler (puncanya SUBED yg GILA tu la).

  5. K-lynn says:

    weird? cheh! entry ini membuat saya tersenyum mengenangkan masa saya mula-mula masuk ED..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s