Ape Kes? (takleh tunggu siang hari ke)

Post ini ditujukan hanya untuk individu-individu yang berkenaan sahaja itupun kalau dia baca lah blog ni dan… dia tau ke blog tu apekebende nya? (yang lain nak baca pun boleh cuma takut tak faham pulak nanti).

Pakcik yang budiman,

Kalau nak pasang bumbung rumah tu cari la masa yang seswai. Takkan pukul 10.00 pm hari Khamis kot (malam Jumaat tuh!).. Agak-agak la. Pakcik oh pakcik. Lepas tu nak siap kul brapa? 12.00 am? Tak berhati perut langsung. Cuba pakcik fikir dengan akal yang Tuhan bagi kat pakcik yang dah veteran tu. Bayangkan keadaan ORANG yang DIA tinggalkan sorang diri dengan keadaan sedemikian rupa.

Kenapa pakcik? Pasang esok je tak boleh ke? Apa yang nak dikejarkan sangat tu? Takkan hujan punya malam tu. Kalau siapkan siang hari je kan mudah, terang pun terang. Dah la susahkan diri sendiri pastu pulak susahkan hidup orang lain. Ish ish ish tak patut la pakcik buat macam tu. Itu namanya STUPID pakcik! Kalau siang hari memang takde siapa nak marah, nak pertikai. Bukan setakat pasang bumbung dapur, pasang pagar, pintu, cuci longkang pun tak ape. No hal punya.

Kot iye pun DIA tu terlebih baik sangat, lurus bendul, tak pandai nak menolak, tak pandai nak berkata TIDAK, tak berani mengguris hati orang lain, sentiasa berkorban masa, tenaga, harta demi kegembiraan ORANG LAIN, janganlah sesekali pakcik cuba nak ambil kesempatan dengan kebaikan yang dimilikinya.

Tolonglah pakcik jangan ganggu hidup DIA dan ORANG yang bersama DIA. Pakcik ni macam agak tak sedar diri je. Pakcik tu dah veteran masalahnya, mentang-mentang dapat hidup dengan orang muda. Janganlah expect pakcik tu dictator yang boleh arahkan sesiapa untuk buat itu ini tak kira bila waktunya.

Kalau bersembang, macam pakcik lah orang yang paling muda di kalangan yang termuda. Semua pakcik yang best. Semua pakcik yang hebat. Cara pakcik semua betul. Orang-orang muda yang sebenarnya dok terkial-kial dengaaaaaar ajelah cerita kehebatan pakcik tu. Sudahlah pakcik harap-harap pakcik sedar dan sedia untuk ubah perangai mana yang kureng tu. Orang muda ni dah muak dan agak menyampah sebenarnya tengok perangai pakcik yang kelihatan agak tidak berakal.

Cukuplah ANAK SEDARA pakcik yang seorang tu je perangai dia tak berapa nak segak. Janganlah sampai nanti keluar statement ni: bapak sedara dengan anak sedara sama je.

Okey pakcik, sekian dulu untuk kali ini (memang kali ni je). Didoakan agar pakcik akan berjaya memperbaiki tingkah laku tersebut. Terima kasih.

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s