Dan Sebenarnya Yang Berlaku…

It’s Monday again… Yarksss. Tak suka, tak suka! Just another manic Monday, wishing for Sunday… (OST for Monday-working day). Saya nak kaji apakah keberkesanan perancangan yang dah dibuat Jumaat lepas.

MASAK NASI AYAM HAINAN

Ahhahahaha… My husband fetched me at the office, 5 pm. Then I said we’re going to pasar malam tonight and I’m going to cook nasi ayam hainan on Saturday. He replied, eh bukan haritu cakap nak masak nasi tomato? I changed my mind right after he finished that sentence. NASI TOMATO.

Setelah berusaha dengan gigih sekali, misi memasak nasi tomato yang dimulakan sejak pukul 11 pg berjaya ditamatkan pada jam 2 ptg hari Sabtu. Terus hidang untuk santapan saya dan suami. Hehe. Tapi ada satu lauk yang tak sempat nak buat, acar timun masak. So makan nasi dengan ayam masak merah dan dalca je.

Nasi: Rasa dah okey tapi sebab terlebih guna minyak sapi (excited sangat) dah jadi macam nasi goreng perasa sapi pulak. Texture agak keras, kalau orang tua makan mesti tercekik. Failed…

Dalca: Biasa masak kari guna serbuk kari BABA’S tapi aritu beli ADABI pulak. Tak sedap… Tak pedas. Warna pun very pale. Dah la masak periuk besar, makan semangkuk je. Ish… Membazirnya.

Ayam masak merah: Haaa… Yang ni je menjadi dengan jayanya dan mendapat pujan melampau-lampau dari husband. Heee… Berbaloi jugak saya masak sampai lenguh kaki berdiri berjam lamanya. Best, best!

SERVIS KERETA

Lepas makan, husband saya pegi Puchong servis kereta pukul 2.30 ptg. Appointment pukul 3 ptg. Saya pulak, lepas solat tertidur sebab penat memasak. Bangun je dah pukul 5 ptg. Husband saya balik pukul 6 ptg dengan perasaan yang geram sebab lama sangat tunggu kereta siap. Promised time (finish) 4.15 ptg. Tapi pukul 5.30 ptg baru siap. Waaa saya pun pujuk dia dengan jayanya. Kejadian ini membuatkan servis kereta satu bebanan perasaan pulak untuk kami berdua. Ape ni PERODUA…

REPAIR CAR BOOT

Hari Ahad kitorang keluar rumah pukul 10 pg menuju ke PERODUA Servis Rawang. Sampai sana pukul 11.15 pg. Nasib baik tak ramai customer. Pukul 12 tgh kereta siap. Nasi ayam? No… At last kitorang makan kat kedai mamak Ali Maju kat pekan Rawang je. Saya order roti telur. Sedap gak la, layannn.

BELI BAJU BABY

Balik dari Rawang, kitorang terus menuju ke The Mines. 1st time pegi nih. Padahal dah dekat setahun dok kat Putrajaya. Dekat je kalau ikutkan. Setelah hampir sesat, akhirnya sampai jugak dekat shopping complex tu. Waaa nampak besar, penat ni nak pusing sampai habis.

Kononnya nak beli baju baby kat situ. Cari la directory tengok kedai baby. Ada Anakku, World of Cartoon, PONEY. Tapi semuanya jual baju budak besar. Untuk new born almost takde even dalam Anakku. Sian baby mama… Papa dia pun cakap, beli dekat Alamanda jelah lagi banyak choice. Hmmm mama ikut je. Tapi yang bestnye, mama dia pulak yang beria-ia beli baju. Masuk kedai kain Tewah sebab terpandang langsir. Sekali ternampak pulak jubah cantik-cantik. Ape lagi grab le sepasang.

Okay baby, mama janji within this week insyaallah nak beli barang-barang untuk baby pulak dekat Alamanda 🙂

Itulah nampaknya apa yang dirancang untuk weekend ni agak jauh tersasar dengan aktiviti sebenar yang berjaya dibuat. Pengajarannya kita hanya merancang, tapi perancangan Allah tetap mengatasi segalanya.

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s