6, 7, 8, 9

Ooops harini hari terakhir bulan Jun 2008? Sebenarnya ada peristiwa penting dalam bulan Jun yang terlupa saya nak document kan dalam blog ni. Dan secara sedar atau tidak, bermula bulan Jun hingga bulan September ada peristiwa-peristiwa besar yang berlaku setiap bulan. Let’s check it out…

JUNE

My birthday! 18th June. Untuk birthday tahun 2008 ni, saya nak berterima kasih pada my officemates: AP, Intan, Hadi, Encik Raiz (sekadar menyebut beberapa nama, kalau ada nama yang tertinggal maaf ye). Diorang ni buat surprise siap beli kek yang nyum nyum sedappp. Tak sangka pulak. Mula-mula diorang cakap ada meeting tergempar, semua orang dah berkumpul dalam meeting room and I was the last who get in there. Pelik jugak, siapa yang nak chair meeting sebab SUB outstation. Masuk-masuk je ada 2 biji kek atas meja. Walla! Selain untuk saya, party tu jugak untuk those yang sambut birthday in June dekat office ni: Kak Esah, Hidayah and Munirah. Ladies month? 😉

Thank you very much my dear colleagues, terharu rasanya. Dah la baru baik chicken pox masa tu. Rasa lebih terubat. Ngehehe. Tapi rupanya dah tua la saya ni. I’m 25 now.

JULY

July 9, 2008 genap setahun saya berkhidmat di KKLW. Dalam tempoh ni macam-macam yang saya belajar dan lalui. Pengalaman pun Alhamdulillah bertambah jugak (walaupun rasa macam pening kepala nak buat semua tugas). Dan semakin ramai kenalan yang ada dalam koleksi saya. Baik yang lebih muda, sebaya, tua sikit, tua macam my parents dan tua hampir-hampir macam my grandparents pun ada. Layan jelah… Kalau ikutkan kontrak ada setahun je lagi tapi tak taulah kalau-kalau ada rezeki dan takdir merubah keadaan tu, mungkin lebih lama saya di sini. 

AUGUST

My wedding anniversary! August 18, 2007 tarikh nikah. Tahun 2008 ni kira 1st anniversary la. So far takde plan apepun for that. Tapi tak taulah tengok dulu camane, tengah menjana idea. Cuma, saya nak rumuskan prestasi perkahwinan kami. Alhamdulillah saya rasa syukur dikurniakan suami yang almost perfect dan rasa bahagia. Sebenarnya kami suka sangat berdebat atau dalam ertikata lain suka bergaduh macam adik-beradik. Kadang-kadang rasa macam budak-budak je pulak. Hihi. Ada je benda yang nak digaduhkan tapi itulah perkara yang lebih mengeratkan hubungan kami berdua. Bergaduh macam budak-budak tapi secara matang. Hmmm camane tu ye? And we’ve never been apart. Kalau saya outstation dua tiga hari tu adalah jugak tapi sebolehnya saya akan ajak husband teman. Tak best la dia takde, rasa janggal. Susah nak tidur malam, takde member nak gaduh. Wahaha… Anyway, I love you so much sayang! Muah, muah!

SEPTEMBER

Waiting for my little cutie to arrive. My estimated date of deliver (EDD) according to the theory and calculation is September 6, 2008. Dah dekat dah. Nervous pulak. Ramai orang kata 1st baby selalu keluar awal dari jangkaan. Dup dap dup dap rasanya. Bersediakah saya?

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to 6, 7, 8, 9

  1. illi says:

    menariknya bulan2 yang bakal datang ni, kan eycah….nyways, take good care of urself n baby tu….tak sabar aku nk tgk cmne muka anak ko tu ^_^

  2. sitiaisyah83 says:

    thanx illi. aku pn teruja nk tgk muka dia mcm siapa. hari2 dok tendang perut mama dia mcm berlatih kick boxing kt dlm. heee…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s