penyakit itu penghapus dosa

uiks lamanya saya tak berkesempatan update blog ni. yang pasti alasannya saya terlalu lalu lalu sibuk dgn tugasan yg telah diamanahkan. ditambah pula, pada tarikh 5 jun 2008 doktor mengesahkan saya dijangkiti chicken pox! la haula wa la quwwata illa billah…

sedih… mmg sedih. tapi saya tetap bersyukur sbb pada mulanya saya syak denggi. arghhh… alhamdulillah, ia tak seburuk yg disangka. allah tak pernah menzalimi hambanya. kecik-kecik tak penah kena, dah tua baru merasa chicken pox. tapi syok jugak sbb dpt mc seminggu! yeay… sampai bosan2 duduk rumah sorang diri.

sebagai seorang wanita yg on the way nak jadi ibu ni, naluri saya agak tersentuh jugak. esp time demam masa awal2 kena penyakit ni. tiap kali saya rasa derita rasa macam nk menangis risaukan si kecil yang ada dlm kandungan saya. mcm manalah keadaan dia di dalam tu. kalau boleh biarlah smua kesakitan saya tanggung sorang. jangan bagi dia pun rasa jugak. kasihan… tapi bak kata doktor pusat rawatan az zahra bangi tu, kita cuma mengharap yg terbaik. isk3…

mcm mana pn saya cuba bersikap optimis dan terus berdoa semoga allah lindungi anak saya dari sebarang ancaman. saya tabahkan hati dgn berusaha mkn ubat yg doktor bagi. terpandang tulisan pada plastik bungkusan ubat tu: bersabarlah kamu, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa. saya jd bersemangat dan redha dgn pemberian allah tersebut.

tapi ada satu yg amat mengharukan perasaan saya. ketabahan dan kesabaran seorang suami menjaga dan menyayangi isterinya yg sakit… saya dijaga penuh perhatian macam anak kecil. segalanya diuruskan utk saya selagi dia ada di rumah. hanya allah yg dapat membalas jasa dan budi baik seorang suami yg amat bertanggungjawab sepertinya.

rasanya masih belum terlambat saya ucapkan selamat hari bapa pada suami tercinta yang amat saya kasihi dan sanjungi. semoga dilindungi allah setiap masa dan terus berjaya mencapai segala impian.

alhamdulillah, hari ini penyakit saya beransur sembuh. cuma tinggal sikit2 je lagi nak pulih sepenuhnya. dan saya dah pn bekerja mcm biasa walaupun rasa berat pada mulanya stelah lama rehat di rumah. hihihih…

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to penyakit itu penghapus dosa

  1. illi says:

    syafakillah eycah…happy belated b’day too! semoga dipermudahkn segalanya..take care ye ^_^

  2. illi says:

    ecyah….anda di’tagged’ di blog saya ye…thank you!hehe

  3. sitiaisyah83 says:

    skrg ni mmg musim tag menge tag kn… ihihiks. tp aku pn br nk bljr tag tu ape bende sbnrnya. thank u anyway!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s