Semua Benda Pun Sama Aje

Hmmm, bila tengah free memang free sangat sampai boring tak tau nak buat ape. Tapi kalau time busy, nak makan pun kadang-kadang boleh lupa. But actually sebagai pekerja yang sedar tanggungjawabnya, dia takkan biar masa terluang macam tu je. Takde kerje pun buat-buat sibuk at least you do something beneficial.

Otak saya pulak sentiasa bekerja walaupun fizikal saya nampak macam takde kerja. Otak ni tak pernah rehat even waktu tengah tidur. Ada saja yang nak difikirkan. Saya fikir tentang diri saya, tentang orang di sekeliling, orang yang saya tak nampak.

Recently, saya terfikir pasal pekerjaan pulak. Saya perhatikan semua bidang kerja dalam dunia ni secara general nya sama aje. Baik bidang profesional ataupun yang biasa-biasa, bidang kemahiran teknikal ataupun pengurusan dan pentadbiran.

Bagi orang yang baru dalam sesuatu bidang pekerjaan, semuanya akan lalui pengalaman yang sama. Semua bidang mesti ada senior-senior yang dah lama tu, yang merasakan diri mereka otai. Otai??? Hehehe. Otai tu bagi saya more or less macam well-experienced personnel la. I interpreted it into a positive dimension. But, in real it has something to do with the negative side. Saya perhatikan kebanyakan otai ni suka sangat memperlekeh kebolehan atau kemampuan junior-junior mereka. Walaupun kadang-kadang benda tu telah pun terbukti. Diorang still nak nafikan potensi-potensi yang ditunjuk oleh juniors ni. Ataupun paling tidak diorang akan condemn those new ideas, skill or technique.

Kenapala agaknya otais ni susah sangat nak terima kenyataan bahawa dalam kehebatan mereka tu, ada orang muda yang akan lagi hebat sebenarnya. Tak kira lah bidang apa sekalipun. You name it! Kalau bidang perhotelan or catering mesti ada chiefs otai yang nak condemn resepi-resipi baru yang diilhamkan oleh orang-orang baru. Bidang sains or research pulak lagilah… Those otai profs mesti nak kritik new invention, new foundings, new techniques developed by the juniors who only have a master degree. Bidang admin pun sama, pegawai-pegawai senior mesti akan kritik idea-idea baru yang dicadangkan oleh pegawai-pegawai baru yang muda belia. Kenapa ye?

Maka berdasarkan itu saya kira inilah cabaran bagi orang-orang muda sebenarnya. Apapun yang kita lakukan kenalah bersedia untuk dikritik oleh orang-orang yang lebih veteran dalam dunia ni. Walaupun apa yang kita buat tu tak bercanggah langsung dengan hukum Allah swt mahupun undang-undang manusia. Bersedialah untuk menerima senyuman sinis yang akan dilemparkan pada kita.

Tapi apakah benda ni terjadi dalam masyarakat kita di Nusantara saja? Saya pun kurang pasti sejauh mana serius masalah ni kalau di benua Eropah dan sebagainya. Nampak sangat jelasnya penyakit masyarakat kita yang amat kritikal. Penyakit yang menyerang manusia-manusia berfikiran negatif. Tak pernah ada unsur-unsur kepercayaan pada orang muda. Ternyata budaya kita bukanlah budaya mendidik atau membina tapi budaya meruntuhkan dan memusnahkan.

Kalau tadi saya katakan orang muda harus akur dan bersedia terima kritikan dari orang tua. Lalu untuk berlaku adil saya juga ada pesanan untuk orang tua. Cubalah sedaya upaya untuk merubah persepsi agar tidak terlalu kolot. Yang baru tak semstinya tak bagus. Sekurang-kurangnya berilah peluang atau percubaan untuk mereka buktikan bahawa mungkin sesuatu yang baru itu benar-benar ada manfaatnya. Or at least, educate and give them some guidance based on your experince.

Perkara ini terbayang di fikiran saya sebab saya sedar dalam sekelompok manusia di sesebuah organisasi pasti mereka terdiri daripada kalangan umur yang pelbagai. Dari semuda-muda nya hinggalah setua-tua manusia yang masih boleh diterima bekerja. Kalau sama-sama bertolak ansur saling membantu mesti hasilnya amat impressive. Yang muda bertenaga kerah minda untuk jana idea baru, yang tua pula bertindak sebagai observer yang sekali sekala beri pandangan jika tindakan orang muda itu jauh tersasar.

Alangkah bagusnya jika begitu…

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s