Melentur Hati

Selamat Tahun Baru 1429H. Setahun sudah berlalu dalam hidup kita. Bagaimana kita akhirinya? Bagaimana pula kita mulakannya?

Saya merafakkan segala pujian dan kesyurukan pada Allah Taala kerana Dia masih berikan kesempatan untuk saya perbaiki diri yang serba kekurangan dalam tahun baru ini. Meskipun tahun yang baru berlalu saya akhiri dengan episod yang mendukacitakan. Saya tabahkan hati untuk teruskan kehidupan dengan menjadi manusia yang lebih berusaha meningkatkan keimanannya.

Hati sebenarnya mudah dilentur dengan kalimah-kalimah Allah, dengan pesanan dan nasihat-nasihat yang mengajak ke arah yang lebih baik. Dengan kejadian-kejadian dalam hidup seharian yang membawa hati ke arah keinsafan dan kesedaran untuk memperbetulkan kesilapan diri. Itulah hakikat yang saya temui menjelang tahun baru ini.

Saya bertuah dan bersyukur kerana dapat menyambut tahun baru kali ini dengan cara yang lebih bererti. Bahkan dapat menghayatinya dengan sekelumit rasa sayu dan hiba. Bukan kerana berduka tapi kerana gembira. Dalam ribuan manusia yang berhimpun, tidak kira apa jua niat mereka semuanya terserah pada individu. Tanyalah hati. Apa sebenarnya yang dicari dan adakah hati mahu mencari sesuatu yang berfaedah atau sekadar terpaksa? Kehadiran saya pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1429H di PICC semalam adalah suatu hikmah.

Terlalu banyak yang saya perolehi. Yang paling utama adalah kedamaian dan kelenturan hati. Pengisian yang disajikan oleh urusetia berjaya melenturkan hati saya agar tunduk pada kekuasaan Allah Taala. Menitiskan airmata sayu di kala kemerduan ayat-ayat suci yang diperdengarkan menyelinap menziarahi segenap sanubari saya. Hingga saya rasakan tiada yang lebih bererti melainkan keampunan dariNya atas segala dosa dan kealpaan yang menguasai diri selama ini.

Biar saya hina pada pandangan manusia asalkan saya tidak hina pada pandangan Maha Pencipta kerana mulia di sisi manusia tidak semestinya mulia di sisi Allah. Biar saya dihina, dipandang rendah oleh manusia. Meski dicaci, diumpat, dikeji saya takkan peduli atau ambil hati kerana hidup saya hanya untuk Allah, bukan untuk manusia. Saya takkan melenting, saya takkan marah kerana marah itu perbuatan syaitan laknatullah. Manusia yang waras adalah manusia yang bijak mengawal api kemarahannya.

Saya belajar mendidik hati supaya bersabar dengan semua cabaran dan ujian yang pastinya datang dari Allah jua. Tak perlu hiraukan kata-kata orang selagi kita tahu dan sedar apa yang kita lakukan tidak bercanggah dengan syariah Nya. Selama mana kita laksanakan semua tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas, tiada apa yang perlu dikesalkan lagi dalam hidup. Bukan pujian manusia yang didambakan tapi redha Allah yang diimpi-impikan.

Demi Allah, Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu dan tidak ada sesaat pun yang berlalu dalam dunia ini di luar pengetahuanNya. Saya serahkan segla-galanya hanya pada Dia. Dia Yang Maha Adil dan hanya Dia yang berhak memutuskan setiap perkara. Segala dugaan datang dariNya dan saya redha. Allah tahu kemampuan saya untuk hadapi dugaan ini maka dengan sebab itu Dia tujukan ujian tersebut pada saya. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya sedar bahawa saya masih dalam perhatianNya.

Saya takkan pernah berdendam dengan sesiapa jua. Saya takkan pernah marah pada sesiapa jua. Kerana kedudukan setiap hamba di sisiNya hanya Dia yang menentukan. Saya tiada hak untuk berdendam, untuk marah.

Saya mahu hati ini bersih dan tenang seperti air di telaga zamzam. Suci lagi menyucikan. Kerana hati membentuk peribadi. Hati yang menjadi raja dalam diri. Andai hati itu disuburkan dengan benih keimanan, pasti hasilnya boleh dituai sebagai buah akhlak yang terpuji.

Laa ilaahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin..

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Melentur Hati

  1. illi says:

    salam eycah…akhirnye aku jumpe juga blog ko…nice post anyway…teruskan menulis..aku masukkan blog ni dalam ‘sekutu-sekutuku’ ye…^_^

  2. seoranggadis says:

    salam…moga hati saya juga mampu jadi suci seperti hatimu=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s