Sabah 24 jam

Salam Aidiladha… Walau tak semeriah mana jika dibanding dengan sambutan Aidilfitri, namun sebagai umat Islam kita wajib meraikannya dan pasti lebih lagi bagi saudara-saudara kita yang telah berjaya menunaikan rukun Islam kelima.

Alhamdulillah saya dan suami sempat juga pulang ke rumah ibubapa masing-masing dan bertemu mereka. Walaupun saya tak sempat jumpa abah sebab abah masuk ke kampung Orang Asli Kuala Boh mengendalikan majlis korban hampir 10 ekor lembu di sana, saya tetap rasa terubat rindu dapat berjumpa mama, adik-adik dan keluarga mertua. Manakan tidak, saya dan suami balik ke Cameron Highlands untuk tempoh kurang 24 jam. Kami sampai di sana pukul 9.00 malam, 19 Disember 2007. Esoknya pukul 6.00 petang dah bergegas balik ke Putrajaya.

Sebenarnya semua tu disebabkan saya yang terpaksa ke Sabah pada 21 Disember. Flight pukul 3.00 petang tapi saya ni jenis yang suka bersiap awal-awal. Ada cukup masa nak rehat dan sebagainya. Suami temankan saya sampai ke KLIA. Lepas tu… semuanya saya sendirian. I’m alone! Tapi saya agak teruja sebab ini kali pertama saya akan jejakkan kaki ke Negeri di Bawah Bayu.

Flight petang tu memuaskan. Saya dapat seat di tepi laluan tengah. Hmmm bilalah nak merasa dapat duduk tepi tingkap… Ada sepasang couple, orang Sabah barangkali yang duduk di sebelah saya. Makanan pun sedap. Kenyang perut dapat makan steak with potato yang lazat dengan jus guava. Alhamdulillah…

Pukul 5.45 petang flight mendarat di Kota Kinabalu International Airport. Selesai melalui immigration clearance saya keluar membawa arah pandai-pandai sendiri. Dah sampai ke belum Encik Rasip ni? Tengok-tengok di sekeliling tak ada pun orang yang kemungkinan macam Encik Rasip. Saya pun duduk di kerusi jauh sikit dari pintu keluar airport. Saya cuba call Encik Rasip dua kali tapi tak berjawab. Mungkin dia dalam perjalanan agaknya. Saya tunggu lagi.

Tak lama kemudian dia pulak call saya. Rupanya bukan dia yang tunggu saya di airport tapi Jefrin yang katanya dah sampi pun di situ. Saya pun berjalan ke depan lagi dekat tempat banyak-benyak kereta turunkan dan ambil penumpang. Akhirnya saya terpandang sorang lelaki yang lagaknya macam tengah mencari seseorang. Saya pun tergerak hati nak tegur. Rupanya memang betul dialah Jefrin. Alhamdulillah… Jumpa jugak. Kalau tak tadi saya dah cadang nak ambil teksi je ke Promenade Hotel.

Perjalanan dari airport ke hotel ambil masa dalam 15 minit. Saya berbual-bual dengan Jefrin yang nampak pemalu tapi hormat pada kita. Biasalah, saya bertanya keistimewaan yang ada di KK tu. Pastinya nama Pasar Filipina tak ketinggalan. Hehe. Tiba di hotel saya check-in dan terus rehat di bilik – 225. Macam biasa, perkara pertama yang saya lakukan tiap kali baru masuk dalam bilik hotel saya akan cross-check amenities yang ada especially lighting dan tv. Bila semua memuaskan saya pun duduk di katil sambil termenung. Jam baru pukul 6.30 petang tapi keadaan di luar macam dah pukul 9.00 malam. Gelap.

Kebosanan mula menggigit suasana. Mujur tv berfungsi dengan baik. Saya hubungi suami dan beritahu yang saya dah selamat sampai di bilik hotel. Nanti risau pulak dia. Saya hubungi house-keeping minta sejadah dan seterika. Lepas tu, saya baring melepaskan lelah perjalanan sambil tunggu barang yang saya minta sampai. Hanya selepas sejam baru saya dapat apa yang saya perlukan tu. Saya seterika pakaian yang perlu untuk majlis esok secepat mungkin sebab saya diberitahu oleh pekerja hotel tadi seterika hanya boleh dipinjam untuk sejam saja. Lepas tu saya kena letakkan di luar pintu.

Selesai semuanya saya pun bersihkan diri dan baring. Tiba-tiba perut terasa lapar. Saya belek-belek harga makanan dalam menu room service. Hmmm boleh tahan juga harganya tapi mengenangkan bimbang nak keluar sorang diri malam-malam begitu untuk cari makanan di luar hotel, saya akur dan terus order nasi goreng Kinabalu dan minta dihantar ke bilik. Setengah jam kemudian makanan saya sampai dan bayar RM20.70. Wahhh sedapnya! Memanglah sebab perut lapar…

Pukul 8.15 pagi keesokannya saya dah siap mandi. Dalam pukul 8.50 pagi saya dapat panggilan dari Encik Hashim (yang pertama kali saya kenali) supaya saya turun ke lobi dan serahkan teks ucapan pada TKSU (E). 10 minit kemudian saya duduk bersama mereka di sofa lobi. Lepas borak-borak dalam beberapa minit kami balik ke bilik masing-masing.

Majlis perasmian berjalan lancar dan selesai pukul 3.30 petang. Saya sudah pun check-out sebelum bergerak ke City Mall tadi. Saya menyertai TKSU (E) berangkat ke airport dan kami bercadang untuk dapatkan tiket lebih awal jika ada kekosongan. Alhamdulillah, saya dapat tiket yang sejam lebih awal dari tempahan asal. Pihak FELCRA sempat membekalkan kami dengan udang segar yang dijual di sebuah kedai. Tak sangka pula saya. Murah rezeki… Terima kasih FELCRA.

Pukul 5.45 petang flight berlepas menuju ke KLIA. Semoga lepas ini saya berpeluang datang lagi ke Sabah. Walaupun lebih kurang 24 jam saja berada di sana tapi saya gembira dapat pengalaman melihat-lihat tempat orang. Dan pastinya saya lebih tak sabar untuk tiba di KLIA untuk bertemu suami yang dirindui 🙂

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s