Air Bah

Esok hari raya korban. Insyaallah petang ni saya dan suami nak bergerak balik ke Cameron Highlands menziarah keluarga.  Di office ni pun dah ramai yang bercuti. Tapi masih ada beberapa orang yang datang macam biasa. Alhamdulillah, boss baik hati betul. Tiba-tiba tadi dia buat announcement kami semua boleh dapat excuse half day. Suami sayalah orang yang paling gembira bila saya bagitau dia. Maknanya kami boleh bertolak dari rumah lebih awal.

Tiada halangan… Tapi saya terfikir akan orang-orang yang terhalang untuk pulang ke kampung halaman. Tak lain masalah besar yang sedang melanda negara sekarang ini – BANJIR. Kasihan… Tapi apa yang saya boleh bantu? Pengalaman waktu terperangkap di Kuantan 13 hingga 14 Disember lepas masih segar dalam ingatan. Baru saya tahu betapa sukarnya menghadapi dugaan bencana alam macam itu. Hujan turun tak berhenti-henti. Segala aktiviti terbatas. Malah lebuhraya pun ditutup pada lalulintas. Betapa hebatnya kuasa Allah Taala. Tak kan upaya kita hamba untuk melawannya.

Ada satu keajaiban yang amat saya syukuri. Kebetulan waktu perjalanan yang saya dan suami rancang untuk pulang dari Kuantan adalah right on time ataupun memang perfect timing. Kata orang, macam tau-tau saja. Lebuhraya tersebut telah dibuka pada semua jenis kenderaan waktu itu. Tapi sebaik saja kami tiba di Gombak, melalui hebahan radio laluan tersebut ditutup semula sebab air kembali naik. Wahhh…  

Simpati… Sebak bila saya lihat di kaca tv keadaan mangsa banjir yang berpindah ke sekolah dan sebagainya. Terutamanya warga emas, kanak-kanak dan bayi. Apalah daya mereka… Harta-benda dah tak terfikir di ingatan. Tak ada bekalan air bersih. Masak pun gunakan air banjir. Basuh beras dan sebagainya. Maasyaallah… Sampai macam tu sekali. Peritnya hidup mereka. Kalau saya yang jadi macam tu, belum tentu  mampu untuk harunginya.

Maka hidup saya ini harus sentiasa beringat. Kesusahan akan tiba bila-bila masa. Dan saya mesti bersyukur dengan nikmat kesejahteraan hidup sekarang. Alhamdulillah…

Advertisements

About sitiaisyah83

Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express herself. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s