Iman…

June 2, 2009

Iman, sabar ye..

Mama  papa akan usahakan tempat lain.

Mama  papa sayang Iman sebab mama papa tau,

Iman budak baik

Iman budak bijak

Iman budak pintar

Iman budak pandai

Iman budak cerdik, kan…


…Seronoknye Die…

May 30, 2009

di suatu petang, mama dan papa luangkan sikit masa bawak iman bermain di playground yang cuma sepuluh langkah saja dari pintu rumah kami.

tengok la bukan main suke lagi si budak perempuan ni bile dapat peluang keemasan. sikit pun tak disia-siakan.

DSC00742

antara permainan standard yang ada di mana-mana playground. tapi papa mencipta nama khas permainan ini: SMART TUNNEL IMAN.

DSC00743

papa cakap pada mama: cuba bayangkan iman dah besar nanti, kalau dia merajuk dia menyorok dalam tengah-tengah smart tunnel ni macam mane? siapa yang nak ambik dia? nasib la, siapa yang muat masuk dalam ni, silalah bertanggungjawab. ahaks.

DSC00744

pandai pulak mengacah-acah orang dari celah tingkap tunnel tu.

DSC00746

seronok bukan kepalang.

DSC00748

iman, jom keluar. cuba permainan lain pulak.

DSC00750

tak padan dengan skirt, ada hati nak main jongkang-jongkit (kat belakang iman tu ialah mama a.k.a. bibik yang tidak mahu wajahnya dirakamkan).

DSC00751

mula-mula excited. tapi dah lama jemu pulak dia.

DSC00752

eh, ape yang seronok sangat tu? (kata iman: inilah yang dinamakan freedom).

DSC00753

mama, betul ke letak kaki kat atas besi ni?

DSC00754

eksyen betul. tak mau orang pegang le pulak.

DSC00756

nah, belajar berjalan.

DSC00757

time’s up. jom kita balik, dah nak senja tu. ada masa lain kali kita lepak sini lagi ye.


ANGER

May 27, 2009

To be angry. It is easy. But… To be angry at the right time, at the right person, at the right degree… It is not easy.


My Girl

May 23, 2009

DSC00659 - Copy

gadis riang

DSC00661 - Copy

control ayu

DSC00669 - Copy

ceria

DSC00687 - Copy

senang hati

DSC00730

brave

DSC00754

intelligent

DSC00763

sincere

DSC00766

sexy

DSC00786

charismatic

DSC00789

menggoda

DSC00795

smart

DSC00805

determined


Lelaki Itu

April 14, 2009

Seperti biasa tugas saya fetch Iman di rumah pengasuh after office, usually around 6.15pm. Kebiasaannya saya TAK AKAN park di porch untuk tidak memberi kesukaran pada orang lain. Lebih rela park 7 meter jauh dari elevator entrance. Biar saya susah, asal jangan menyusahkan.

Tapi, petang semalam hujan lebat sesangat. Payung dalam kete dah bagi pada Shah beberapa minggu lepas. Alamak. Camane ni. Nak tak nak terpaksa park bawah porch jugak (so-called VIP parking). Takpelah kejap je, tak sampai 10 minit pun. Kalau hujan rintik2 gagah jugak saya kendong Iman, jalan laju2. Tapi ni lebat sangat, tahap lencun.

Sampai je rumah pengasuh di tingkat 6, cepat2 dukung Iman sambil jinjit beg dia. Kluar pintu rumah pengasuh, dengar bunyi horn keta. Saya tunggu lif and cepat je sampainye. Betul, tak sampai 10 minit kami dah ada di groundfloor. Tengok2 ada sebijik keta apentah saya tak perasan di belakang keta saya. Sambil LELAKI ITU menekan2 horn ketanya macam perempuan beranak  gila meroyan. Sambil berusaha jalan laju2 di lantai yang basah dan licin saya angkat tangan pada LELAKI ITU as a sign of “kejap2, saya dah datang ni”. LELAKI ITU menjeling tak hengat. Macam singa lapar nak telan kambing. Saya buka pintu passenger depan then campak beg Iman ke seat belakang melaluinya. Letak Iman dalam car seat.

Saya lalu depan keta LELAKI ITU yang jaraknya cuma 60 centimeter dengan belakang keta saya. Langsung tak pandang muka LELAKI ITU. Ikut hati nak je suruh dia buka tingkap untuk cakap pada dia, “Encik, adakah encik boleh bersabar dan bertimbang rasa sedikit?” Saya masuk keta on engine, letak hand break, masuk gear terus jalan. Sikit pun saya tak pandang muka LELAKI ITU.

Ya Allah………………………………….. Rupanya ada juga hamba ciptaan Mu yang sikapnya macam itu???????????????????????????????????????????????????????? Sambil drive saya istighfar banyak2 untuk redakan kemarahan yang membuak2. Tak adakah rasa belas di hati LELAKI ITU? Tak adakah secebis sifat sabar LELAKI ITU? Astaghfirullahalazim……………………………………………. Saya tak tipu. Memang saya betul2 marah sangat. Kecewa. Geram. Bengang. Kesal. Sedih. Semua ada. Hati saya macam dicincang2 lepas tu dibaling ke dinding.

Macam itu ke sikap seorang LELAKI yang Allah jadikan untuk jadi khalifah di muka bumi Nya? Ada apa yang sampai jadi panas baran macam tu? Saya sedih. Secara jujur saya seorang yang amat bertimbang rasa. Saya amat prihatin dengan kesusahan orang lain yang saya nampak depan mata. Saya sentiasa letak diri saya dalam keadaan orang yang kesusahan. Langsung tak ada secebis rasa nak pentingkan diri sendiri. Memang diakui saya asalnya seorang yang ego, degil, keras kepala. Tapi melalui pendidikan dan persekitaran, saya belajar tingkatkan akhlak diri dan sahsiah. Lama kelamaan saya boleh jadi antara orang yang penyabar, bertimbang rasa dan prihatin. Sepanjang setahun lebih saya dapat lesen dan memandu, baru sekali saya tekan horn keta. SEKALI saja! Itupun sebab nak menyapa kenalan di tepi jalan. Bukan sebab nak marah pemandu kurang ajar di jalan. Saya bukan jenis macam tu. Biarlah pemandu lain nak drive lambat ke, masuk lane kita in hurry ke, tahapahapa ke, saya boleh sabar. Paling teruk pun saya geleng kepala je.

Tapi saya amat kecewa bila diperlakukan macam tu oleh LELAKI ITU. Mungkin bagi sesetengah orang benda ni biasa saja. Kenapa saya boleh bertoleransi dengan orang lain, sedangkan orang lain langsung tak endahkan keadaan kita? Saya cuba bersikap baik dengan orang lain tapi yang saya terima adalah sebaliknya. Entah la… Yang pasti emosi saya amat terganggu. Balik rumah saya mengadu pada Shah. Shah kata, kalau jadi pada dia, dia akan sengaja lambat2 biar LELAKI ITU sakit jiwa dengan respond kita.

Ya Allah……………………. Berilah petunjuk pada LELAKI ITU. Semoga satu hari nanti dia akan faham situasi seorang ibu yang mendukung bayinya sambil jalan berhati2 atas lantai yang licin agar tidak terjatuh. Dan keadaan seorang ibu yang cuba melindungi bayinya dari basah hujan yang mencurah hingga secara tidak sengaja terpaksa menyukarkan orang lain dengan harapan orang lain itu boleh BERTIMBANG RASA.


PAU @ PWTC?

April 3, 2009

PAU? Mesti korang ingat kuih pau yang gebu2 tu kan? Tapi kalau cakap pau dan PWTC agaknya ramai boleh teka. PAU – Perhimpunan Agung UMNO di PWTC. Ala yang hangat sekitar 2 minggu lepas tu…

Time ni jugak la KKLW tak mau ketinggalan memeriahkan lagi suasana dengan menganjurkan Pameran 50 Tahun Pembangunan Luar Bandar bertempat di Dewan Mawar, PWTC. Sape yang pegi, angkat tangan… Selain tu ada juga Ekspo Jualan Produk Usahawan Luar Bandar. Murah beb! Kualiti pun leh tahan, ada yang tahap established. Kraftangan cantik2. Rasa nak beli semua. Rugi sape tak datang. Hehe…

  Inilah dia rupa pameran kami seadanya. Walaupun demikian, banyak info bagus2 yang dipaparkan. Student memang seswai kalau tengok ni. Boleh melawat sambil belajar.

Cuba teka berapa harga benda alah ni semua… Mmm hehe, leh tahan… Kalau orang Perak cakap bunyinya macam ni: nelan ayor liyor le juge regenye.

Emak siapa la pulak ni? Iman, kenal tak siapa? Nampak macam gumuk pulak saya dalam gambar ni. Musykil. Padehal kurus keding je. Tak caye moh le nengok. Zat smua dah transfer pada Iman. Sebab tu Iman tembam.

Baju ni saya tempah kat satu butik di Teras Jernang. Elok jahitannya, sesiapa berminat silalah ke sana ye (kak atie  kena bagi diskaun kat saya lain kali, haha). Saya memang suka berposing cenggini. Tak caye? Silalah tengok wedding album saya. Jadi sesiapa yang memerlukan orang untuk memperagakan pakaian sopan boleh la kita negotiate. Cesss, perasan beb! Abaikan ayat tadi.

Sebenarnya saya kena duty time posing2 ni. Urusetia kaunter maklumat kementerian (bahagian). Hari pertama PAU tak ramai visitor ke Dewan Mawar. Tu yang sempat berposing2. Hari seterusnya, jangan harap… Nak pegi tandas pun lum tentu sempat.  Keskeskes, payah nak jawab tu. Ramai betul orang.

Jadi saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih pada sesiapa yang sudi melawat pameran dan jualan yang telah kami anjurkan. Semoga apa yang kita sama2 usahakan ini mendapat redha Ilahi…


Seolah-Olah Bukan Milik Ku

April 1, 2009

Pagi semalam saya beratur depan ATM machine nak draw duit. Saya cuba perhatikan wajah tiap orang yang baru selesai urusan di machine itu. Rata2 akan membelek slip baki akaun. Kebanyakannya mesti nampak macam tak bersemangat. Ada yang nampak blur, ada yang berkerut dahi, ada yang macam tak puas hati, macam sedih pun ada. 

Sedar tak sedar sampai pun giliran saya. Muka saya pulak macam mana lepas draw duit? Macam takde perasaan kot. Atau paling tidak senyum sorang2. Walaupun pastinya baki akaun akan menyusut. Seronok ke macam tu? Mesti la tidak…

Sambil berjalan saya berfikir, bila dapat duit  pasti akan di ‘channel’ kepada pihak lain. Shopping complex lah, restoran, gerai makan, peniaga di pasar dan… banyak lagilah (a neverending list). Rasanya seolah2 semua duit yang ada dalam dunia ni bukan milik siapa2.

Orang tua2 selalu pesan. Duit dan harta makin dicari makin tak cukup. Sebaliknya kalau ilmu, makin dikumpul, makin bertambah hasilnya. Tapi kalau saya ada duit berjuta sekalipun, nak buat apa bilamana saya sudah meninggalkan dunia ni?

Teringat ceramah seorang ustaz yang kelakar giler. Tajuknya: hidup sederhana, hati senang. Menarik kan bunyinya?


Santai Si Iman

March 30, 2009

Mama tak kerje ke harini? Hari Ahad la rupanya, mama cuti ye. Mama, syoknye lepak-lepak kat rumah hari Ahad macam ni kan…

Cube mama tengok kaki Iman. Tembam kan…

Macam mana tak tembam, mama bagi Iman makan sedap-sedap. Puri carrot, puri epal, puri labu, puri tomato (yang fresh, bukan yang dalam tin yang  mama guna buat spageti tu). Nasib baik mama tak bawak Iman pegi Puspanita Puri. Nyum, nyum, nyum.

Papa ooo papa. Mane papa ni? Jom la kita jalan-jalan kat playground depan tu. Iman nak aim permainan yang berpotensi untuk Iman gunakan bile kaki Iman dah pandai jalan nanti. Papa… Papa… Cepatla…


Aircond Sudah Menyerang!!!

March 17, 2009

Alamak… Aircond sudah switched on la. Sebab dengar bunyi aircond (kipas nye kot). Sejak dua menjak ni aircond kat opis telah di set ke temperature yg melampau utk insan tak berlemak mcm diriku ini. Maka akan kedengaranlah suara-suara: Ya Allah, sejuknye… Nape sejuk sgt ni?

Kesian kami2 ini. Sampai ada yg kene pegi klinik. Saya pun berkotak2 tisu abis sbb asik sneezing. Suara pulak memanjang je tersumbat bunyiknye. Kesejukan yg dialami mencukupi utk bekal saya memandu balik ke rumah. Masuk keta tak payah buka aircond langsung. Sejuk di opis masih terasa.

Macam duduk dlm peti ais dh ni. Mungkin kah kami ini ikan? Atau ayam? Atau sotong? Saya pilih utk jadi buah lah. Strawberry.  Saya pun dah tak berapa nak betul. Haha, sejak balik dari Bukit Gantang pening tak abis lagi. Tapi rasa sedikit tenang. Alhamdulillah…


Kepegawaian

February 28, 2009

Baru-baru ni saya dipesan melalui perbualan berikut.

Hamba Allah : You kena pandai control kerani you Siti (sambil dia menyelak-nyelak helaian dokumen).

Penulis : (Diam sambil pandang pemandangan yang lebih cantik di luar tingkap kaca).

Hamba Allah : Masa saya jadi PSU dia dulu, saya boleh handle dia, control dia.

Penulis : (Diam sambil berfikir: Malam ni nak makan kat mane ye…).

Hamba Allah : You ni PEGAWAI Siti… (sambil ketawa sinis dan terus turunkan tandatangan).

Penulis : (Senyum sambil bercakap dalam hati: Lusa gaji la. Bestnye…).

Hamba Allah : Ok dah selesai. Boleh terus angkat naik atas.

Penulis : Terima kasih encik (dengan pantas terus meninggalkan biliknya).

———-

Adakah seseorang pegawai itu perlu mengherdik anak buahnya? Perlukah pegawai itu tengking, maki hamun, caci, jerkah kakitangan di bawahnya depan orang ramai? Atau perlukah sampai ke tahap dipukul, ditampar, disepak terajang kakitangn itu bilamana dia ingkar atau tidak berdisiplin? Perlukah pegawai itu datang ke pejabat dengan sebilah rotan?

Saya fikir ini pejabat… Bukan sekolah rendah… Dan saya ini pegawai yang ingin berkhidmat, bukan guru disiplin. Saya punya prinsip sendiri. Walau siapapun diri kita. Pegawai, kerani, tukang sapu sampah, peminta sedekah sekalipun… Yang penting bagi saya: HUMAN TOUCH.

Kita ini manusia, bukan mesin. Kita ini insan, bukan haiwan. Bezanya manusia dan makhluk lain ialah PERASAAN. Susah sangat ke untuk kita letak sedikit rasa ambil kira tentang perasaan manusia lain? Apa perasaan orang itu akibat sesuatu tindakan yang kita lakukan padanya?

Biarlah apa mereka kata. Saya peduli apa. Saya perlu tegas terhadap kakitangan? Tolong definisikan TEGAS. Walau apapun maksudnya, saya tetap dengan cara saya sendiri. Manusia mahkluk Allah. Bukan milik kita. Tiada beza darjat atau kedudukan melainkan tahap keimanan. Dan itupun hanya Allah yang tahu sejauh mana tahap keimanan hambanya.

Bukan setakat dengan manusia, bahkan dengan haiwan pun kita diajar supaya beradap. Meskipun hanyalah seekor anjing. Ganjaran pahala pada kita andai kita bantu untuk beri minum saat ia dahaga dan tiada upaya.

Saya peduli apa dengan kedudukan dan pangkat. Biarlah sejauh mana orang mengagung-agungkannya. Manusia itu layak dihormati sebagaimana dia menghormati manusia lain. Bagi saya, tukang sapu sampah di tepi jalan yang berakhlak mulia lebih layak dihormati daripada seorang berpangkat besar tapi amat keji budi pekerti. Duduk di pejabat berhawa dingin saban hari, dengan perabot indah serba mewah. Kerusi tempat duduknya amat empuk lagi selesa. Tapi sayang, akhlaknya kurang. Sedih… Saya cuba bayangkan si tukang sapu jalanan tadi yang tetap menyapu meskipun di bawah panas terik. Tak hiraukan bahaya  andai ada kenderaan yang terbabas. Asap dan habuk. Jika dia terus menyapu sambil lisan dan hatinya tak henti berzikir pada Allah tetap tabah bekerja demi mencari rezeki halal lagi diredhai. Alangkah mulianya dia.

Hidup ini macam-macam mana pun kita balik pada asal. Kita manusia. Buatlah cara manusia selayaknya.