…Seronoknye Die…

di suatu petang, mama dan papa luangkan sikit masa bawak iman bermain di playground yang cuma sepuluh langkah saja dari pintu rumah kami.

tengok la bukan main suke lagi si budak perempuan ni bile dapat peluang keemasan. sikit pun tak disia-siakan.

DSC00742

antara permainan standard yang ada di mana-mana playground. tapi papa mencipta nama khas permainan ini: SMART TUNNEL IMAN.

DSC00743

papa cakap pada mama: cuba bayangkan iman dah besar nanti, kalau dia merajuk dia menyorok dalam tengah-tengah smart tunnel ni macam mane? siapa yang nak ambik dia? nasib la, siapa yang muat masuk dalam ni, silalah bertanggungjawab. ahaks.

DSC00744

pandai pulak mengacah-acah orang dari celah tingkap tunnel tu.

DSC00746

seronok bukan kepalang.

DSC00748

iman, jom keluar. cuba permainan lain pulak.

DSC00750

tak padan dengan skirt, ada hati nak main jongkang-jongkit (kat belakang iman tu ialah mama a.k.a. bibik yang tidak mahu wajahnya dirakamkan).

DSC00751

mula-mula excited. tapi dah lama jemu pulak dia.

DSC00752

eh, ape yang seronok sangat tu? (kata iman: inilah yang dinamakan freedom).

DSC00753

mama, betul ke letak kaki kat atas besi ni?

DSC00754

eksyen betul. tak mau orang pegang le pulak.

DSC00756

nah, belajar berjalan.

DSC00757

time’s up. jom kita balik, dah nak senja tu. ada masa lain kali kita lepak sini lagi ye.

4 Responses to “…Seronoknye Die…”

  1. hanapi Says:

    comeinyer

  2. sitiaisyah83 Says:

    thanx uncle epi… iman budak baik :)

  3. yaniefiena Says:

    ish iman..tomeinya….lame sggh aunty xjmp iman..geram3x!!!

  4. sitiaisyah83 Says:

    yaniefiena: gerammm ye. hehe. nnt bile jumpe iman boleh picit2 badan dia yg makin menembam tu. mama pun dah surrender kalau kne dukung dia lama2. ahaks.

Leave a Reply