kekalutan seorang PAPA

November 18, 2009

 

6.25 pagi

papa bangun tidur, mandi, solat, bersiap sewajarnya. si anak sedang asyik lena dibuai mimpi setelah bergaduh dengan mamanya ketika mama cuba menukarkan lampin pakai buang. mama putus asa terus tinggalkan dia dan turun ke bawah uruskan hal-hal lain. capai stokin dari almari, masukkan ke dalam poket seluar takut tertinggal. selesai bersikat di depan cermin, papa menukarkan lampin pakai buang anak. carikan bajunya dalam bakul kain yang tak berlipat. padam lampu, kipas. tutup pintu bilik, turun ke tingkat bawah sambil mendukung si anak.

6.45 pagi

serahkan si anak kepada mamanya sebentar. si anak tersedar, dia menangis meronta-ronta, merajuk dengan mamanya sebab bergaduh sebentar tadi. papa hidupkan enjin kereta. ambil carseat dari boot dan letak di tempat duduk penumpang di depan. masukkan beg anak berisi keperluannya ke dalam kereta. ambil anak dari mama. salam dan cium.

6.55 pagi

perjalanan ke rumah pengasuh perlu tempuhi banyak lampu isyarat. boleh dikatakan semuanya merah sewaktu tiba di setiap lampu isyarat. di satu persimpangan utama, laluan terhalang oleh bas yang tersangkut di lampu isyarat itu. sedangkan laluan papa sepatutnya hijau. terpaksa tunggu. tiba di blok rumah pengasuh, satu lif saja berfungsi. satu lagi rosak. ketuk pintu rumah pengasuh tekan loceng 2 kali baru dibuka. “maaf ye bang, kami baru terbangun,” kata suami pengasuh. papa sengih saja. si anak yang merengek-rengek terus ditinggalkan. lif pasti lambat. akhirnya papa turun dari tingkat 6 menggunakan tangga. boleh kurus ni.

7.10 pagi

nak keluar dari kawasan perumahan pengasuh tu, papa terpaksa tunggu 4 kali lampu isyarat baru dapat jalan. papa terima sms dari seorang rakan. “kerja ke hari ni?” papa balas, “kerja. on the way.” setelah sabar mengharungi lalu lintas yang amat sesak, akhirnya…

7.20 pagi

papa selamat tiba di putrajaya sentral. 3 orang rakan setumpangan (car pool) kelihatan sedang menunggu penuh kegighan.


Tutur Kata Sopan

November 5, 2009

sebagai manusia biasa, golongan pemimpin  turut mempunyai sikap-sikap seperti yang ditunjukkan juga oleh orang kebanyakan.

tak jauh beza dengan golongan selebriti hiburan, setiap gerak geri, tindak tanduk dan tutur kata mereka sentiasa diperhatikan. dan memang fitrah manusia, kita mudah lihat kekurangan dari kelebihan yang ada pada seseorang. sebab itu, selalu didengar kisah-kisah kurang enak dikaitkan dengan mereka.

namun, dalam pada itu pasti ada satu dua yang duduk dalam kategori baik. baik dari segi cara berfikir, cara menutur kata dan sopan santunnya. dalam mana-mana permasalahan, dengan mengakui keterbatasan pengetahuan tentang perkara yang dimaksudkan, bijak pula dia mencari tempat rujukan yang tepat.

bahkan bila diberi nasihat dan pandangan, sudi amat dia mendengarnya tanpa membalas dengan kata-kata kesat sementelah hasratnya mungkin tidak dapat ditunaikan.

pokok pangkalnya, sesiapa sahaja personalitinya bermula dari hati. serumit mana keadaan, dalam tiap perbincangan, nada suara dan cara bercakap yang sopan amat berguna dalam menyelesaikan banyak perkara.

jika tak dapat selesaikan masalah, paling tidak pun dapat juga memujuk hati manusia yang terluka.

 


Kasih Sayang

November 4, 2009

~ kasihilah makhluk yang ada di  bumi, agar yang di langit akan turut mengasihi kita ~


Teruskan Berblog

November 4, 2009

tukar theme lagi? ye, sebetulnya saya seorang yang cepat bosan dengan sesuatu perkara. saya cenderung untuk tukar sebarang benda yang sesuai dan boleh ditukar dengan mudah. jadi, inilah dia hasilnya. syaratnya mudah sekali. citarasa saya adalah sesuatu yang kemas, minimal (sesuai dengan saya seorang yang minimalis) dan sebolehnya nampak sejuk.

percaya tak? sejak di sekolah rendah saya amat berhasrat menjadi seorang penulis. apa saja, puisi, cerpen.. novel? oh, belum mampu. ilmu terlalu cetek lagi. koleksi buku cerpen dan novel pendek cerita kanak-kanak memang boleh tahan banyaknya.

karya saya? heheh. adalah juga sikit-sikit. pernah saya karang satu cerpen masa darjah 6. bagi saya itu adalah cerita yang bagus untuk dikongsi bersama orang lain. saya simpan hingga sekolah menengah. akhirnya saya sendiri dah tak ingat di mana letaknya helaian-helaian kertas kajang tu. terus hilang begitu saja. pastinya kalau terjumpa pada harini, saya akan ketawa besar melihat tulisan tangan saya yang oh, saya sendiri tak ingat macam mana rupanya.

di sekolah menengah aktiviti saya tak begitu ke arah sastera tapi lebih kepada seni nasyid dan pernah sekali berlakon teater. 

di universiti pula seluruh sel otak dan anggota badan ditumpukan sepenuhnya kepada aktiviti akademik formal dalam bidang kejuruteraan.  hasrat, minat dan kecenderungan yang pernah menyala tiba-tiba malap dan akhirnya hampir padam.

akan tetapi. minat untuk menulis tetap menyala dari hari ke hari. dalam keadaan sekarang di mana saya punya komitmen pada kerja dan keluarga, saya fikir tinta maya adalah bagus untuk saya teruskan minat itu. sebab itu saya ingin terus berblog. cuma mungkin saya bukan seorang pemblog yang prolifik. maka kekerapan mengemaskini adalah bukan keutamaan.

hati saya melonjak-lonjak untuk menulis tiap kali ada sesuatu yang terlintas dalam hati tatkala saya melihat sesuatu yang boleh membangkitkan sebarang isu. tak kira walau di mana. di stesen minyak, pasar malam, di jalan raya. cuma yang ralat, bila saya menatap papan kekunci dan skrin atau komputer riba, tiba-tiba hati jadi kaku, buntu. seolah-olah terus terlupa dengan isu yang seketika tadi membuak dalam sanubari.  

jika ada kesempatan, kelapangan, pasti… saya akan menulis lagi.


satu

September 8, 2009

happy birthday nurul iman…

cepat betul masa berlalu. rasa baru sangat melalui pengalaman pertama memangku bayi sendiri. rupanya dah setahun. dah besar tinggi pun dia. sekarang mama nak pangku pun dah tak muat tangan. mesti terkeluar kaki dia. badan pun makin bulat.  akal pun makin panjang.

bila dok diam2, perhatikan dia, terfikir rupanya iman mmg so special. mama sengaja nak besarkan dia in my own style. sebolehnya she’ll be treated like an adult. iman tak pernah dibelikan baby cot. balik je dari hospital, terus tidur sekatil dgn mama, papa. sampai la ni. tu sebab dia manja tersangat2. everytime dia nak mama DAN papa duduk teman dia main2 . kalau ada yang cuba nak keluar dari bilik… siap la. alarm akan menjerit.

iman tak pernah diberi makan nestum. dari dia 6 bulan, mama sedaya-upaya buat sendiri makanan segar utk bekalkan dia. puri buah, puri sayur, bubur nasi campur sayur. anything, asalkan fresh and healthy. taaapi ade jugak. kadang2 mama bagi iman makan aiskrim, fries, burger, ayam goreng kfc. ish sungguh tak patut digalakkan. nanti obes pulak then macam2 penyakit yg tak diingini datang. nauzubillah.

iman tak pernah hisap pacifier. zaman mama kecik2 dulu panggil puting. opah pernah try ajar dia. tapi sorilah, mmg kene reject memanjang. iman kata: ape ni? tak bijak la hisap puting. macam budak2. buat malu je. (gitu le agaknya, mama agak2 je).

fakta lain yg menarik tentang iman, dia tak pernah tidur dalam swing. orang kampung mama cakap buaian. ramai sedara mara yg jeles dgn bakat  iman yg mampu tidur di mana saja, tak kira apa keadaan tanpa buaian at all. since dia lahir mama dah biasakan dia tidur macam org dewasa. no need swing swing lah. byk cengkadak je. takkan dlm kereta pun nk swing swing jgk. ada dgr cerita member punya member. tepi highway boleh berenti kejap gantung buaian dkt pokok sbb nk tidurkan anak. adoi kesian…

itulah beberapa fiil nurul iman (yg baik2 je la. yg tak berapa baik tu biar mama n papa je yg tau ye).

in terms of growth development, iman dah pandai berjalan even less then 10 steps. tapi kira mmg dah pandailah. cuma kekadang dia tak rajin sgt. kalau mood berjalan dtg, dia sndiri akn practice. mama n papa langsung tak pernah push. everything done on herself. iman pun sangat mahir mem babai orang. cakap je dkt dia: bye bye iman… tgh tidor pun dia akn lambai2 tangan dgn mata tertutup.

ade lagi satu. iman pantang nampak budak2. dari baby hinggalah yg umor around 12 years old. mesti menjerit2 excited nak ajak budak2 tu bermain. kalau dgn baby, mmg terserlah sifat2 ke kakakkannya. berpuluh2 kali dia mencium mane2 baby yg ada depan mata. sampai basah la pipi baby tu terkena air liur dia. hihih.

iman nak adik ye??? hehe, nanti la dulu ye kakak iman. mama n papa belum puas nak bermanja dgn iman sorang. tunggula, at least sampai mama habis misi 6 bulan nanti.

so sempena hari ulangtahun kelahiran iman yang pertama ni, mama ucapkan selamat hari lahir. doa mama tak pernah putus mengiringi setiap denyutan nadimu. mama sayang iman. papa sayang iman. sebab kami tau, nurul iman anak yang terbaik, terbijak, terpandai dan tercomel. maafkan mama syg, sbb tak ada sambutan, party besar2. tapi mama tetap akn berusaha beri yg terbaik utk kehidupan iman. cuma satu pesan mama, jgn pernah sekalipun iman lupa bersyukur atas rezeki dan secebis kesenangan yg allah pinjamkan pada kita sekeluarga.

-SATU-


After Work Therapy

August 12, 2009

bila balik kerja minda rasa berat dan sangat penat. tapi sebaik sahaja terpandang wajah ini…

DSC00941

terus rasa waaahhh tenangnya… lantas memulakan misi ini…

DSC00937

diikuti aksi ini…

DSC00938

geram geram geram…

DSC00940

terubat segala keresahan, berbaloi segala kepenatan bekerja. wajah ini memang sungguh mendamaikan jiwa, menenangkan perasaan. alhamdulillah, nikmat menjadi seorang ibu.

-the best after work therapy-


Pejabat Berpindah

August 6, 2009

it is almost couple of weeks since we (our division) moved into the new office. mines international exhibition and convention centre (miecc), seri kembangan. there are many changes in my life. for example, previously, my journey from home to the workplace took only 7 km but now it is 16 km.  i’m driving all alone every morning and after the office hour.  really love it since i have more time listening to the radio while driving. kalau dulu, baru dengar satu lagu dah sampai ke destinasi. kejap bebenor.

my previous workstation at D9…

DSC00925

new workstation at miecc, belum dihias apa2…

DSC00932

there are only 3 divisions + 1 unit which were selected  to move from D9. overall, i like my new workplace very much. even though i hated it most before the move (when the rumours were distributed frantically). think positive, adalah hikmahnya tu.  how they made the selection, it is not important anymore.

one thing for sure, i really enjoy to work in this new surrounding. perhaps with new motivation and spirit too :)  


Itu Yang Ingin Kudengar

July 23, 2009

kahkahkah… astaghfirullahalazim, tak bersopan je intro nye. gumbire giler lah pagi ni. nape? ptg smlm my chief kata i kena pegi meeting tomorrow (jumaat, 24 julai 2009). okey, as i expected. memo pertama memaklumkan meeting 24 julai 2009 jam 10.00 pagi. tetiba yesterday  (wednesday) in the afternoon got another memo. waaah? meeting itu postponed to 5.oo pm. terdiam le i. what??? gooods. meeting on friday 5.00 pm? boleh tak? kupujuk hati agar menerima kenyataan ini dgn ikhlas. sementelah daku adalah seorang SAYA YANG MENURUT PERINTAH.

balik je rumah ptg smlm terus tak fikir pun pasal meeting tu. ah lantaklah. kul 4.30 ptg jumaat daku blah siap2 dari opis menuju ke tempat tersebut. itu je yg di set dlm minda. tapi, adela daku berharap. teringin sgt nk dengar bahawa meeting itu dibatalkan atau tunda tarikh. so… pagi ni kehidupan dijalani spt biasa. sehinggalah…

seorang chief dari unit lain very kindly came to my cubicle and guess what? i heard the thing i wanted most!!! alhamdulillah… ya allah, maha mendengar. kau telah makbulkan harapanku. “aisyah, meeting pukul 5.00 ptg esk postponed 29hb. orang tu call saya td.” sambil tersengih i replied, “dah agak dah.”

itulah secebis kegembiraan hati pagi ni yg ingin dikongsi bersama. dah la harini gaji. uhuhu. sioknye. skrg adalah misi membayar hutang. kelembapan la plk maybank2u ni.  usaha lagi. daaa… :)


My Heart Says

July 18, 2009

once in a while i feel worth it to act like a bitch rather than pretending angelic. is it an extreme statement?  whatever, you name it. because i’m tired of keep thinking and considering others feeling while trying my very best not to hurt them. but do they care about mine? and they shouldn’t expect i’m going to be an angel all the times simply to make them happy. you know that a goldfish can die due to an overstressed condition? so do i.

i’m a big girl. i won’t cry. i don’t wanna cry. anymore. i’m so tired. please allow me to sleep. peacefully…


Another 15 Days

July 17, 2009

i’m fasting today. when today is over, i got another 15 days of fasting. sempat ke nak settle. buatnye tetiba ter… pulak dah satu hal. tapi tak naklah pikir bab yg ni sebab it will come another problem which makes me worry (in fact more than that). it will resolve only after i see the O&G (hope i won’t forget to make an appointment a.s.a.p.).

jumlah hutang puasa saya ialah 25 days. 20 days due to wiladah and nifas (man-man born on the 8th ramadhan 2008). another 5 days adalah hutang tahun 2007 yg tak sempat diganti sebelum ramadhan tahun 2008 sebab saya tak berkemampuan (preggy kan mase tu). owh, it reminds me to pay the fidyah for 5 days also.

pasni if ada rezeki kene plan bebetul tarikh sebegini. sebolehnye nak elak la deliver in ramadhan. jenuh pulun ganti puasa. taaapi, nobody can deny. puasa memang sangat bagus. saya betul2 sedar perut sudah mengecil. sebab bile waktu berbuka mesti takkan larat makan byk2. makan sikit dah kenyang. kira bagus la camtu kan. lunch hour pun no need ribut2 to get the meal. i have more time to solat and what not (also updating this blog, ngehehe).

so all the best to myself. siti aisyah, please fulfill ur obligation.